CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2436|Reply: 19

[Tempatan] Warga emas maut dilibas parang ketika rumah disamun

[Copy link]
Post time 18-4-2026 11:12 AM | Show all posts |Read mode





Warga emas maut dilibas parang ketika rumah disamun. Warga emas maut akibat dilibas parang, dalam kejdaian samun rumah di Pekan Baru, Teluk Intan, hari ini. Foto ihsan Polis Daerah Hilir Perak

TELUK INTAN: Seorang warga emas maut dipercayai akibat di libas dengan parang, dalam kejadian samun di kediamannya, di Pekan Baru, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 69 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas dipercayai di libas dengan parang di kedua-dua tangannya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian, berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki memasuki kawasan kediaman mangsa dengan memanjat tembok hadapan sebelum menyerbu masuk ke dalam kediaman mangsa.

Beliau berkata, ketika kejadian isteri mangsa berada di halaman rumah dan yang tidak menyedari kehadiran ketiga-tiga suspek bertopeng.

Ketika si isteri membuat persiapan sembahyang itu suspek menyerbu masuk ke rumah lalu bertindak mengugut mangsa yang sedang berehat dalam rumah supaya menyerahkan barang kemas. Si isteri turut diugut. Jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kok Lian berkata, isteri mangsa tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, polis kini giat mengesan tiga suspek berkenaan yang dipercayai berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6222222.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi harga time emas tinggi melonjak ni makin ramai nk samun utk dptkan emas..menakutkan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Perompak aim org pakai emas besar2
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat2 rompak zhulian rerupanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
moga dpt tangkap pelaku bab+ ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya betul sekarang ini.. Nak simpan ems mana2 tempat pun tak selamat,kcuali ceruk kat dlm hutan mungkin ok sikitlah tp kena ada bunker utk emas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2026 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah simpan emas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2026 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia masih amanz.my
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2026 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa tu org India. Dan dengar katenye masa kejadian tu mmg mangsa kt luar rumah nak sembahyang cara dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 01:11 AM | Show all posts
jika keling yg samun loyer nandek dia akan kata
diA mabuk dan takde niat membunuh, cuma nak mencuri


hakim melyu dan cina akan lepaskan.

jika cina biasalah ada kad OKU.
semua YB cina sokong 100%


Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 18-4-2026 07:06 PM
Mangsa tu org India. Dan dengar katenye masa kejadian tu mmg mangsa kt luar rumah nak sembahyang car ...

Adakah india samun india?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind replied at 19-4-2026 01:11 AM
jika keling yg samun loyer nandek dia akan kata
diA mabuk dan takde niat membunuh, cuma nak mencuri ...

Sokong 100%!
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2026 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 19-4-2026 01:13 AM
Adakah india samun india?

Dengar citer mcm tu la. Mmg jenayah terancang. Tapi mungkin berlaku pembunuhan tu yg sempat dpt rantai 3 utas je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 10:54 AM | Show all posts
annehuda replied at 19-4-2026 12:34 PM
Dengar citer mcm tu la. Mmg jenayah terancang. Tapi mungkin berlaku pembunuhan tu yg sempat dpt ra ...

kenalan?

atau mmg dh lama aim lps nmpk emas dipakai berelung2?



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk rompak.. Rompak je la.. Sampai nk melibas2 org pulak... Bodo betul la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2026 04:30 PM | Show all posts
TOPwind replied at 19-4-2026 01:11 AM
jika keling yg samun loyer nandek dia akan kata
diA mabuk dan takde niat membunuh, cuma nak mencuri ...

Tak perlu la libatkan isu kaum dalam apa jua perihal nih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:20 PM | Show all posts
sialan betul, dah menyamun membunuh plak. satu sen tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by awanearisu at 20-4-2026 05:35 PM

-Edit kerana bukan Islam-
Salam takziah. Kalau pesara kerajaan 60 tahun, maknanya baru 9 tahun bersara.

Duduk diam-diam di rumah pun tak menjamin keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2026 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 18-4-2026 07:06 PM
Mangsa tu org India. Dan dengar katenye masa kejadian tu mmg mangsa kt luar rumah nak sembahyang car ...

Mangsa warga India rupanya. Terkejut tengok gambar seperti berkain pelikat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.582393 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list