CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1681|Reply: 5

[Tempatan] Polis kesan pemandu Axia langgar lari anggota trafik

[Copy link]
Post time 14-4-2026 01:59 AM | Show all posts |Read mode



Polis kesan pemandu Axia langgar lari anggota trafik

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
12 April 2026 05:31pm
Masa membaca: 2 minit



KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan pemandu kenderaan Perodua Axia yang melanggar lari seorang anggota trafik yang sedang menjalankan tugas di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku pada jam 10.47 malam.

Menurutnya, mangsa iaitu Konstabel Roslan Salleh berusia 27 tahun sedang bertugas di kawasan petak kuning bagi mengawal pergerakan lalu lintas sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti.

"Kenderaan tersebut kemudiannya bertindak melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

"Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit di bahagian rusuk," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, anggota terbabit telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, usaha mengesan pemandu kenderaan terlibat masih giat dijalankan termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kawasan sekitar.

Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Salehuddin Musa di talian 013-3994958, atau Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2026 02:02 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-4-2026 10:03 AM



https://fb.watch/GsWn5zyrIa/?fs=e



https://fb.watch/GsWhfH73U1/?fs=e
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:18 AM | Show all posts
bukan dah dapat tangkap ke?
anggota jugak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-4-2026 10:18 AM
bukan dah dapat tangkap ke?
anggota jugak kan..

what??? their own brother???

whyyyy

dendam? jealousy?

or just a plain stupid



Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:09 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 14-4-2026 12:07 PM
what??? their own brother???

whyyyy

yang i baca, katanya anggota tu dalam proses diterminate due to health/mental illness..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:16 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 14-4-2026 12:09 PM
yang i baca, katanya anggota tu dalam proses diterminate due to health/mental illness..

mental illness....

mmmmm

kita yg sihat pun mau mental jgk nk hadap org mcm ni

mujur la tak meninggal

obviously die sengaja kan

gilo (pun intended)
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.574060 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list