|
View: 1806|Reply: 5
|
[Tempatan]
Nurul ditendang pelajar lelaki di sekolah hingga cedera, bapa lapor polis
[Copy link]
|
|
|
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini mendakwa ditendang dan ditolak seorang pelajar lain sehingga cedera pada leher dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
Pelajar berusia 17 tahun yang hanya ingin dikenali Nurul itu berkata kejadian berlaku pada tengah hari Jumaat lalu ketika dia bersama rakan berjalan di padang sekolah, sebelum dihampiri seorang pelajar lelaki tidak dikenali.
Selepas bertanyakan sesuatu, pelajar lelaki itu menendangnya di bahagian belakang, menyebabkan dia terjatuh sebelum kepalanya terkena kayu.
Akibatnya lutut saya cedera dan apabila bangun semula, lelaki itu menendang lagi dan memegang pinggang serta menolak saya hingga terjatuh.
Akibatnya saya berasa pening sebelum dibawa ke bilik rawatan sekolah dan muntah berulang-kali di situ.
"Apabila dibenarkan pulang, saya hampir rebah di jejantas berhampiran sekolah sebelum rakan membawa ke rumahnya di hadapan jejantas dan menghubungi bapa saya," katanya yang kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh bapanya untuk pemeriksaan.
Nurul berkata, sejak empat hari lalu dia mendapatkan rawatan di HSA dan mengalami kesakitan pada belakang leher, sehingga tidak dapat duduk, berdiri atau berjalan seperti biasa.
"Doktor menyatakan saya mengalami koyakan ligamen, namun tiada tulang patah.
Namun sehingga kini saya masih mengalami kesakitan serta bimbang ia akan meninggalkan sebarang kesan terhadap kesihatan bagi jangka masa panjang," katanya.
Bapa pelajar itu yang berusia 41 tahun mengakui terkilan dengan kejadian itu dan berharap tindakan sesuai dilakukan pengurusan sekolah mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.
Bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah pada Sabtu lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bak sini muke si musibat tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
so..
bila lagik netizen nak blame Muntri Pendidikan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan sang bapa. Naik report ke pendidikan negeri buat report polis harap sgt penguatkuasa bertindak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ini tak payah cari bapa lahanat itu siapa mana timggal naik terus ke pend negeri + polis.
Doa byk2 semoga urusan dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
exactly
klu slow, baru guna kuasa viral
ok tak sis?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|