CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4595|Reply: 36

[Tempatan] Pemandu bas riba wanita ketika memandu diberhentikan serta-merta

[Copy link]
Post time 13-4-2026 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Syarikat bas ekspres Sri Maju Group serta-merta menamatkan perkhidmatan seorang pemandunya selepas rakaman video yang tular memaparkan lelaki terbabit memandu sambil seorang wanita duduk atas ribanya.

Sri Maju Group dalam satu kenyataan mengesahkan pemandu berkenaan merupakan kakitangan mereka dan kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Larkin, Johor Bahru, semalam.

Syarikat berkenaan melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemandu terbabit yang dilihat amat membimbangkan serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) serta etika profesional pemandu.

“Keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan kami. Perbuatan tersebut adalah pelanggaran serius dan tidak boleh diterima sama sekali,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sri Maju Group memaklumkan, beberapa tindakan sudah diambil termasuk membuat laporan polis, menamatkan perkhidmatan pemandu terbabit serta melaporkan insiden kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk siasatan lanjut.

Syarikat berkenaan turut memohon maaf kepada semua penumpang dan orang awam yang terkesan, selain menegaskan komitmen mereka untuk memperketatkan sistem pemantauan termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dalam semua bas.

"Sri Maju Group tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh mengancam keselamatan penumpang,” maklum syarikat bas terbabit.

Syarikat itu turut menjelaskan langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.- MalaysiaGazette


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2026 05:48 PM | Show all posts
Hot sangat ke yang diriba? Ada macam bipasha basu dalam pilem apa tah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2026 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife ke penyondol?
Bawak naik bas utk kerja skali takut di serang bini
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 05:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bodonya la
tak pasal2 kena buang
rekod tak bersih
susah nak dpt kerja lepas ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya nya Cara pemanduan
Takde integrity pemandunya
Nasib baik tiada kemalangan jiwa

Fadan muka ke buang kerja serta merta
Terima kasih Sri maju atas tindakan cekap Tanpa kompromi
Nanti boleh la akak try service Sri maju

Tengah again Sri maju moga business anda maju berseri2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2026 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
In case klu berlaku kemalangan maut, netizen nak minta dihukum bunuh jugak ka mcm pemandu mabuk?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2026 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 13-4-2026 06:08 PM
bodonya la
tak pasal2 kena buang
rekod tak bersih

Itu la psl, bwk bas kot. Lg ramai penumpang dr bwk moto.  Suh je ppuan tu depan naik moto. Kalau nk eksiden pun biar kena dua² ke hospital. Jgn nk libatkan penumpang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2026 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 13-4-2026 06:08 PM
bodonya la
tak pasal2 kena buang
rekod tak bersih

Sebelom kata bodow aku nak tanye kapel ni Gen Z ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ni namanya 2 become 1
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan bini atau haram ? Harap perempuan duduk riba tanggunglah hidup meriba kau. Seronok kau pusing steering bus.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 11:33 PM | Show all posts
Ini betul betul gila memang tiada otak.

OT, ada satu pemandu yang baling cone di toll hanya di denda 100 ringgit oleh mahkamah.

Selayaknya lah jika pemandu di Malaysia tidak menghormati undang undang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sri maju ni michelle yeoh punya kan?
Bagus tindakan buang serta merta. Jadi tauladan pada pemandu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 06:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmmana bleh pikiaq buat lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bas bergerak rupanya. Iolz ingat merendek sementara tunggu penumpang naik. Cilakak btol dua ekor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Speechless...hrp lps ni jgn bg dia job memandu lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2026 08:26 AM | Show all posts
PinkyPie replied at 14-4-2026 07:27 AM
Bas bergerak rupanya. Iolz ingat merendek sementara tunggu penumpang naik. Cilakak btol dua ekor ni.

since uol sebut, tambah 1 lagi kesalahan

1. meriba

2. memandu

3. merendek




Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:59 AM | Show all posts
PinkyPie replied at 14-4-2026 07:27 AM
Bas bergerak rupanya. Iolz ingat merendek sementara tunggu penumpang naik. Cilakak btol dua ekor ni.

aku ada tertengok videonya.. memang beriba si perempuan control stering..
amboi.. berani betul ek?
dah tu siapa yg merakam? Penumpang belakang pemandu ke?
Haha.. kemain sedap merendek tak perasan orang rakam

itu entahkan skandal. Dah viral kantoi ngan bini pulak ke apa..
takkan bini yg dibuat gitu. Biasa bini dah tak heran benda2 macam ni..
most probably bukan bini
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko membahayakan nyawa org lain...macam setan... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:38 AM | Show all posts
Wanita Diriba Hanya Kenalan, Pemandu Bas Sudah Berkahwin - Polis #MGFlash
Pemandu bas ekspres yang tular meriba seorang wanita sambil memandu, berstatus suami orang manakala wanita terbabit dipercayai merupakan kenalan lelaki berkenaan.  

kebabian apakah ini..dari kes dangerous driving ke kes sondol menyondol bersambung2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 09:50 PM GMT+8 , Processed in 1.055152 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list