CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1692|Reply: 7

[Tempatan] Sindiket pindah diesel dari laut tumpas, rampasan cecah RM2.33 bilion

[Copy link]
Post time 12-4-2026 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-4-2026 07:52 AM




https://m.youtube.com/watch?v=85HlyJT1pQM

Sindiket pindah diesel dari laut tumpas, rampasan cecah RM2.33 bilionMaritim Malaysia menumpaskan sindiket memindahkan minyak diesel secara haram melibatkan dua Kapal tangki di perairan Bagan Ajam, Butterworth, malam tadi.



GEORGE TOWN – Maritim Malaysia berjaya mematahkan cubaan memindahkan kira-kira 700,000 liter minyak diesel secara haram dengan nilai rampasan mencecah RM2.33 bilion apabila menahan dua kapal tangki di perairan Bagan Ajam di sini, malam tadi.

Serbuan tersebut turut menahan seramai 22 kru yang terdiri daripada rakyat Malaysia, warga Myanmar, Rusia, Filipina dan Indonesia yang ketika itu berada di atas dua kapal berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, operasi dijalankan hasil maklumat risikan yang diterima seawal pukul 10.45 pagi berhubung pergerakan mencurigakan dua kapal dalam keadaan bersauh di lokasi berkenaan.

Menurutnya, susulan maklumat tersebut, satu Ops Bersepadu segera digerakkan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang sebelum sebuah bot peronda Maritim Malaysia dihantar ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati, kedua-dua kapal berada dalam keadaan bergandingan dan disyaki sedang menjalankan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (ship-to-ship transfer) tanpa kebenaran.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti tersebut melibatkan pemindahan minyak diesel Euro 5 dengan anggaran sebanyak 700,000 liter, manakala keseluruhan rampasan minyak dianggarkan mencecah 800,000 liter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM2.33 bilion dan kes tersebut antara tangkapan berprofil tinggi di perairan negara tahun ini.

“Nilai tersebut merangkumi kedua-dua kapal tangki serta muatan diesel Euro 5 yang cuba diseludup dianggarkan bernilai RM5.43 juta.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. Kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 ke atas setiap vesel,” ujarnya.

Katanya lagi, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 berikutan kegagalan mengemukakan dokumen berkaitan pemindahan minyak serta pengisytiharan kargo.

“Kesemua kru dan kapal yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Tambah beliau, Maritim Malaysia akan terus memperketat rondaan dan pemantauan di perairan negara bagi membanteras aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan negara. – KOSMO! ONLINE.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2026 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Diesel tu dr mana dia dpt, bgtau la.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari mana nk transfer ke kapal nk ke mana pula..masuk malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 13-4-2026 08:32 AM
Dari mana nk transfer ke kapal nk ke mana pula..masuk malaysia ke?

22 crew atas 2 kapal, rakyat Mesia, myanmar, filipin etc tiba2 tersesat ada russian pula.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 08:47 AM | Show all posts
Samerosie replied at 13-4-2026 08:40 AM
22 crew atas 2 kapal, rakyat Mesia, myanmar, filipin etc tiba2 tersesat ada russian pula.

ingat ke truly Asia...agaknya kapal dari Russia?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 10:26 AM | Show all posts
Yg billion2 tu termasuk diesel dgn kapal sekali ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2026 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kut dah kawtim dengan sana sini.. tiber bekerja lak maritim ni.. hitam nya hati iols
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayang.. wayang.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.226302 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list