|
|
[Tempatan]
Pelajar Tingkatan Satu maut dilanggar dalam kawasan sekolah
[Copy link]
|
|
|
entahla..
makciknya pon dah keluar statement kata maafkan jugak kan?
masing2 dah redha kot. Pedih.. sakit.. tapi itu yg tertulis. Ustazah tu pon beria mintak maaf kat dorang.
Maafkan tu boleh.. lupa tu tidak.. walau maaf dah terima.. tapi mungkin bole je amik tindakan undang2 ke apa..
pada aku.. biarla ustazah tu terima hukuman tak kirala camne bentuk hukuman. Biarla terubat sikit rasa bersalah dia. Faham dia juga menyesal tak sudah tu.. Tak aman hidup tak lena tidur.. dan juga bring justice to arwah.
Family arwah pon tak terkata jugak. Ujian untuk mereka, ustazah tu.. dan kita semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 13-4-2026 06:48 PM
Mana mungkin nak angkat keta.. tolak ke blakang je la..
Atopon acik setajah reverse keta dia..
Ye, part yg ni pon aku pueh ati.
Psal pulak bdak2 keliling tubyg di suruh angkat kete tu.
Patut reverse la kete tu.
Kang x psal2 bdak2 tu slip disc.
Bukan ringan kete tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ibu saudara mangsa, Zuraifah Mohd. Noor, 43, berkata, dia bertemu dengan wanita berusia 57 tahun itu sewaktu hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini semalam pertama kali selepas kejadian tersebut.
“Guru itu memohon maaf kepada saya dan menyatakan dia tidak sengaja tertekan pedal minyak SUV ( kenderaan utiliti sukan) dipandunya.
“Sebagai ibu saudara yang menjaga arwah Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin sejak kecil, sukar untuk saya terima kerana kejadian tersebut berlaku dalam kawasan sekolah. Saya belum berbincang dengan ahli keluarga lain termasuk bapa mangsa sama ada akan mengambil tindakan undang-undang atau sebaliknya selepas ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
imthegirl replied at 14-4-2026 10:26 AM
Patut le bapak nye boleh senang senang je maafkan ustazah tu, tak sampai 24jam ko kluar statement ...
Laki tagune |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nutcrack8 replied at 14-4-2026 10:58 AM
Ye, part yg ni pon aku pueh ati.
Psal pulak bdak2 keliling tubyg di suruh angkat kete tu.
Patut re ...
Org dewasa pun mampu tolak keta jahhh.. mana ada yg dok angkat keta.. deme pikiaq ni muvie avengers ka apa, hulk baling2 keta..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 13-4-2026 06:26 PM
memang ada yg jenis guna dua2 beah kaki utk drive. sgt bahaya.
cuma tatau kes ini sbb guna 2 kaki ...
entah la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 13-4-2026 06:31 PM
Bangpooh dah melewati umur 40 tahun katanya dekjitu… dah liat, tobat lahum orang kata dekjitu… ; ...
haha  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-4-2026 07:58 AM
Dulu kereta semua manual kaki kiri untuk tekan clutch. Kanan untuk minyak atau brake. Apa ka gila ...
ada
org pompuan selalu drive mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 12-4-2026 09:01 PM
Kesiannya anak
Moga cikgu Tu Di soal siasat seadilnya Dan jade pengajaran kpd yg lain2
Tp dkt tt berlambak netizen yg doakan setazah tu bkn diorg nk doakan atau bagi simpati kt arwah & murid yg cedera. Alasan diorg ckp x sengaja wtf, asakah sbb title setazah hak org lain utk hidup senang2 dinafikan? Siap ada yg cadangkan buat collection utk jamin setajah, cuba benda ni berlaku kt anak atau sedara mara diorg baru ada akal. Klau guna alasan x sengaja isrohell pun blh ckp x sengaja bunuh palestine |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 14-4-2026 03:33 PM
Tp dkt tt berlambak netizen yg doakan setazah tu bkn diorg nk doakan atau bagi simpati kt arwah & ...
Ada kutipan donation? Dkt tt jugak ke uols.
Harap dgn pembebasan dgn jaminan polis setazah cuti panjang la ye. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak ke rasa mcm naik paddle boat tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 14-4-2026 10:51 AM
entahla..
makciknya pon dah keluar statement kata maafkan jugak kan?
Itula..nak taknak ustazah tu kena hukum jugak cuai...walau memg betul2 tak sengaja..dia pon mmg nmpk rse salh dlm video tu dia memg panik..pukul2 kete dan dia pon mntk maaf depan2 dgn family arwh
Tapi tu laaa kena gak hukum sebb cuai bukan apa nnt kalau just maafkan ustazah tu dan bebas kan cam biasa takut ramai yg akan guna alasan tak sengaja bila langgr org..nnt in future ada yg tertkn minykk lnggr org pastu cakp tak sengaja sebb dia refer kes ustazah ni leh bebas sebv tak sengaja tertk minyak...iols kesian kat nasib ustazah ni..dia memg rse bersalah sgt tp tak bermakna dia tak boleh dihukum |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 14-4-2026 10:48 AM
iye...patut tanya perasaan makcik dia, bukan ayah dia...
Iols just takut netizen2 bg duit derma kat bapaknyaa je... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru rempuh pelajar: Kemaafan keluarga boleh jadi faktor terkuat rayuan
Nor Fazlina Abdul Rahim - April 14, 2026 @ 6:20pm

Guru berusia 57 tahun dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah yang mengakibatkan pelajar Tingkatan Satu maut, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dan dijangka didakwa dalam masa terdekat. Foto fail NSTP
KOTA BHARU: Guru yang dipercayai merempuh dua pelajar termasuk mengakibatkan seorang maut tengah hari kelmarin, masih boleh membuat rayuan sekiranya dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Peguam Kanan, Muhammad Hasif Hassan, berkata rayuan berkenaan boleh dibuat selepas proses pertuduhan dilakukan nanti.
Beliau berkata, surat representasi atau surat rayuan berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memohon agar pertuduhan dilakukan mengikut seksyen yang mana hukuman lebih ringan iaitu Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Bagi Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) berkaitan kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya yang menyebabkan kematian, hukumannya adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
"Manakala, bagi Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara cuai, hukumannya penjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, seksyen mana guru berkenaan didakwa nanti bergantung kepada Timbalan Pendakwa Raya kerana ia adalah kuasa penuh pihak pendakwaan.
"Menerusi rayuan yang dibuat oleh peguam mewakili guru itu nanti, ia perlu mengemukakan hujah tertentu termasuk terdapat kemaafan daripada keluarga terdekat yang menjadi faktor penting bagi pertimbangan pihak pendakwa raya.
"Jika rayuan berkenaan diterima, guru berkenaan akan diberi pilihan iaitu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 APJ 1987 dan sekiranya guru terbabit mengaku bersalah, hukumannya adalah lebih ringan," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, dilaporkan berkata guru yang dipercayai merempuh dua pelajar di hadapan surau sekolah sehingga menyebabkan pelajar Tingkatan Satu maut akan didakwa dalam masa terdekat.
Katanya, guru berusia 57 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan guru berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
setajah umur 57 , klo pencen awal tadelah hadap kes gini. Yg dilanggar pelajar baru lps solat , yg melanggar guru yg dtg ke sekolah tujuannya utk mengajar agama. Hmm idk la , taktau nk ckp apa. Takziah utk keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah dah dah move on jah sissy. Netizen pulak lebih2, dekkkkkk…..  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 15-4-2026 10:17 AM
tak ke rasa mcm naik paddle boat tu?
duk rapat dgn steering
tak la kot  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|