CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2122|Reply: 17

[Tempatan] Video tular: Remaja lelaki campak bata dari tingkat atas PPR

[Copy link]
Post time 12-4-2026 04:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-4-2026 01:10 PM





Video tular: Remaja lelaki campak bata dari tingkat atas PPR





Tangkap layar video tular memaparkan seorang remaja lelaki mencampak sekeping bata dari tingkat atas sebuah PPR di sekitar Desa Petaling.

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan seorang remaja membaling blok bata dari tingkat atas sebuah pangsapuri tular di media sosial sejak semalam.

Berdasarkan klip video berdurasi 34 saat itu, seorang remaja lelaki dilihat berjalan di laluan pejalan kaki bangunan itu sebelum berhenti dan mengambil seketul bata di hadapan salah sebuah rumah.

Remaja itu yang memakai seluar hitam dan berbaju T merah kemudian meninjau keadaan sekitar sebelum mencampak bata terbabit ke aras bawah bangunan kediaman itu. Sejurus itu, suara kedengaran seolah-olah orang bertempik dari bawah.

Berdasarkan kapsyen disertakan, kejadaian itu didakwa berlaku di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Desa Petaling.

Bata yang dibaling itu juga dikatakan mengenai seseorang menyebabkan mangsa cedera ringan, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak.

Berdasarkan klip video dipercayai ia diambil dari rakaman kamera litar tertutup, dengan tarikh tertera menunjukkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

Meneliti ruang komen, pengguna media sosial menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, sambil menyatakan objek yang jatuh boleh membawa maut kepada sesiapa sahaja di bawah.

Pada tahun 2018, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut apabila terkena sebuah kerusi yang dibaling dari tingkat 21 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2026 04:57 AM | Show all posts



https://fb.watch/GqrMGI4ny2/?fs=e

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by BartholomewKuma at 12-4-2026 05:57 AM

Pasai tu orang dulu2 kata, kalu jumpa keling dengan ulaq, hang pi katok keling tu dulu. Kecik2 baling batu kot orang. Esok besaq pi rampaih tanah orang buat kuil merata kendian kelim hat dia. Bila kita bising depa kata menindas. Lepaih tu dok mabuk bawak keta langgaq orang. Keling paria
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Anggaplah PPR tu tempat persinggahan untuk berteduh sahaja. Kena usaha lebih tingkatkan keupayaan diri untuk berpindah ke rumah lain yang lebih elok. Mentaliti ramai penduduk PPR mmg rendah. Kita akan cepat stress bila hidup dengan manusia sebegitu. Atas lebih bahaya kita downgrade jadi mcm mereka. Ini bukan soalan miskin atau harta, tapi mentaliti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap penduduk kat situ baling bata tu kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul2 baling batu sembunyi tgn... siap meniarap lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2026 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
BartholomewKuma replied at 12-4-2026 05:55 AM
Pasai tu orang dulu2 kata, kalu jumpa keling dengan ulaq, hang pi katok keling tu dulu. Kecik2 balin ...

Nti muntri agame & pengajian tinggi dgn nada paling lembut ckp ' kita lbh utamakan pendekatan mendidik dr menghukum demi keharmonian kaum....'
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 kat PPR ni ramai yg terabai. Jadi common sense pun tak de agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2026 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 12-4-2026 09:07 AM
Nti muntri agame & pengajian tinggi dgn nada paling lembut ckp ' kita lbh utamakan pendekatan mend ...

dan mereka pun mula membaling bata...ke atas kau...dan kau tableh amik tindakan atas dsr 'BANYAK LA DEPA PUNYA KEHARMONIAN KAUM'....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 11:06 AM | Show all posts
Kalu sindiri terjun lagi high adrenaline dik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2026 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
MIC Pertikai A+ Pendidikan Moral

(1)
Menurut laporan Vanakkam Malaysia pada 10 April 2026, MIC mempersoalkan kegagalan ramai pelajar India cemerlang memperoleh A+ dalam mata pelajaran Pendidikan Moral SPM. Pihak parti turut menuntut penjelasan daripada Lembaga Peperiksaan berhubung kriteria pemarkahan yang didakwa menyebabkan calon berpotensi tinggi terlepas gred tertinggi tersebut.

(2)
Baik, saya nak kongsikan begini. Soalan ini pada permukaan nampak wajar, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi bila kita teliti, ia sebenarnya dibina atas satu andaian yang longgar, iaitu pelajar yang mendapat A+ dalam subjek lain sepatutnya secara automatik mendapat A+ dalam Pendidikan Moral. Kan aneh logik seperti itu.

(3)
Tahukah kita, dalam sistem SPM, istilah “10A” merangkumi A+, A dan A-? Ini penting. Maknanya, seorang calon boleh memperoleh kombinasi gred ini dan tetap dikategorikan cemerlang. Jadi, naratif bahawa “top scorer mesti A+ semua” itu sendiri tidak selari dengan definisi rasmi.

Apa yang saya rasa aneh? Kau mengubah maksud kecemerlangan, kemudian kau persoalkan sistem apabila ia tidak memenuhi tafsiran kau.. Aneh tak?

(4)
Cuba kita baca statistik ini pula. Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan yang konsisten, 4.86 (2022), 4.66 (2023), 4.49 (2024), dan 4.42 (2025). Kadar kelayakan sijil untuk SPM 2025 pula sekitar 94.29%. Ini bukan angka kecil. Ini gambaran sistem yang bergerak ke arah penambahbaikan, bukan kemerosotan. Slowly but surely.

(5)
Baik. Mari kita lihat pula pencapaian bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Moral, peratus cemerlang (A+, A, A-) kekal konsisten sekitar 25 hingga 28 peratus sejak beberapa tahun. Kadar lulus pula sekitar 79 hingga 80 peratus. Ada turun dan naik yang kecil, kalau faham statistik, kita tahu ia dalam julat yang normal. Tiada lonjakan luar biasa, tiada kejatuhan mendadak.

Apa yang kita nampak?

Sistem ini stabil. Konsisten. Berfungsi seperti yang sepatutnya.

(6)
Jadi apabila ada pihak cuba membina naratif seolah-olah wujud unsur “tidak diberikan A+” atau terjadi suatu manipulasi dalam pemarkahan, kita perlu berhenti dan berfikir dengan waras. Ini bukan lagi persoalan pandangan, saya fikir, jelas ini sudah masuk kepada tuduhan serius terhadap integriti sistem pentaksiran negara.

(7)
Ada manipulasi? Itu tuduhan berat. Saya kata begini, kalau tuduhan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh, itu bukan sekadar silap. Itu jahat. Kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem pendidikan, terhadap guru, dan terhadap institusi yang selama ini menjaga standard peperiksaan negara. Parti MIC betul-betul sanggup mengulang dakwaan ini? Saya harap mereka tarik balik.

(8)
Sekarang, kita kembali kepada realiti pembelajaran. Pendidikan Moral bukan subjek berasaskan formula. Ia menilai penaakulan, pertimbangan nilai dan kefahaman konteks. Seorang pelajar yang cemerlang dalam Matematik atau Kimia tidak semestinya mencapai tahap yang sama dalam subjek reflektif dan subjektif seperti ini. Itu bukan kelemahan. Itu sifat semula jadi manusia. Itulah nature mata pelajaran ini.

(9)
Lebih penting, kita juga perlu jujur. Maksudnya, ramai pelajar India sendiri memperoleh A+ dalam Pendidikan Moral. Jadi, naratif bahawa “tidak diberikan A+” itu, sebenarnya tidak mencerminkan keseluruhan gambaran. Ia memilih kes tertentu, lalu digeneralisasikan menjadi isu besar.

(10)
Apabila muncul kenyataan daripada pihak tertentu termasuk yang dibawa oleh MIC ini, yang membayangkan seolah-olah punca pelajar tidak mendapat A+ itu kerana “guru tidak pandai mengajar”, saya fikir, kita perlu berikan penegasan. Kita perlu berhati-hati dengan persepsi yang sedang dibentuk. Kenyataan sebegini, walaupun mungkin tidak disebut secara langsung, membawa implikasi yang jelas, seolah-olah kegagalan individu terus mencerminkan kelemahan guru.

(11)
Sekali lagi, aneh pemikiran ini. Cuba kita fikirkan. Dalam kelas yang sama, dengan guru yang sama, ada murid yang berjaya memperoleh A+, malah ramai. Jadi bagaimana kita boleh secara mudah menyimpulkan bahawa guru itu tidak kompeten hanya kerana beberapa murid tidak mencapai A+?

(12)
Bila 6,717 calon memperoleh 10A dan dijamin tempat ke matrikulasi tahun ini, kita tidak pula mendengar naratif yang mengangkat peranan guru. Tetapi apabila ada kes terpencil yang tidak memenuhi jangkaan tertentu, terus terbina persepsi bahawa guru gagal. Ini bukan penilaian yang adil. Ini pembinaan persepsi yang berat sebelah.

(13)
Baik, sekarang kita lihat dasar. Sejak pengumuman pada 30 Jun 2024, diikuti kenyataan 2025 dan terkini 2026, kerajaan secara konsisten menjamin tempat matrikulasi kepada pelajar 10A tanpa mengira kaum dan latar belakang, dengan kuota Bumiputera kekal. Ini bukan dasar bermusim. Ini pendirian yang jelas, mengiktiraf kecemerlangan secara menyeluruh, bukan kesempurnaan mutlak A+.

(14)
Cuba kita fikir semula. Sistem sudah jelas. Data juga jelas. Tetapi di ruang awam, kita masih mengubah definisi, memaksa tafsiran, dan akhirnya membina naratif yang mengelirukan.

Dan sepertinya, di sinilah kita perlu lebih jujur. Pendidikan tidak boleh ditafsir melalui lensa politik dan kecurigaan. Bila setiap keputusan ditarik kepada sentimen dan tuduhan, kita bukan memperbaiki sistem, kita melemahkan kepercayaan terhadapnya.

(15)
Akhirnya, saya nak tanya, kita nak terus membina naratif yang rapuh, atau kita nak memahami pendidikan dengan matang? Jangan politikkan pendidikan anak-anak kita. Kerana bila pendidikan dijadikan alat politik, yang terkorban ialah masa depan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka hati dia je baling, x fikir ke kena org ke?
Agak² tingkat brp ni. Nasib la umah tu ada CCTV yg helok, rasanya org situ jugak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Remaja tp berakal jd patut diambil tindakan seperti org dewasa. Kot tak buat apa nyorok kalau dah baling tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2026 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Belia yang masih remaja

Mungkin sewel jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 01:15 PM | Show all posts
bukan mereka tetapi selalunya mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 02:01 PM | Show all posts
Belia yang masih remaja

Mungkin sewel jugak

kalo dah beso

mgkn acah2 T20

walaupun nan hado
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2026 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni mcm under spectrum je???
Special need child kah?
Dah ditangkap belum?
Moga dibawa ke balai bersama 8bu bapa penjaga sbg pengajaran
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 02:39 PM | Show all posts
mungkin oku mental
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.838108 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list