CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 6715|Reply: 60

Bekalan minyak April-Mei terkawal – Perdana Menteri

[Copy link]
Post time 10-4-2026 04:48 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api bagi bulan ini dan Mei berada dalam keadaan terkawal meskipun berdepan beberapa cabaran logistik melibatkan pengangkutan kapal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan terkini yang dibentangkan oleh pihak Petronas menunjukkan sebahagian besar kapal penghantaran berjaya meneruskan perjalanan mengikut jadual.

Beliau berkata, sebuah kapal sudah keluar, enam lagi sudah mendapat kelulusan dan sedang menunggu giliran untuk keluar.

“Cuma satu kapal kita mengalami kerosakan dan tersadai di pelabuhan, namun secara keseluruhannya bekalan minyak masih dalam keadaan sangat terkawal,” katanya pada sidang akhbar selepas solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Kampung Cheras, Pandan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan menteri berkaitan bagi memantau keperluan tenaga negara secara menyeluruh.

Jelasnya, perkembangan semasa akan dipantau secara harian oleh Jemaah Menteri bagi memastikan kestabilan bekalan terus terjamin dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

Mengulas isu harga bahan api, beliau menegaskan, kerajaan berusaha mempertahankan harga petrol RON95 walaupun berdepan tekanan kewangan.

“Walaupun ia sedikit membebankan kerajaan, langkah ini penting bagi mengurangkan beban rakyat,” ujarnya.

Beliau menyeru orang ramai supaya menggunakan bahan api secara berhemah dan mengelakkan pembaziran sebagai tanggungjawab bersama dalam membantu ekonomi negara.

Selain itu, kerajaan turut mengekalkan subsidi diesel bagi mengelakkan tekanan terhadap golongan tertentu termasuk peladang, petani dan nelayan.

Tambah beliau, beberapa kementerian sedang meneliti langkah bersesuaian bagi membantu sektor lain yang turut terkesan dengan kenaikan harga bahan bakar tersebut.


Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 05:50 PM | Show all posts
Ha dengor tu. Petrol cukup untuk semua. Jangan rebut, jangan panic. Demi warganegara warga asing ada pas dan pati tada sorok. Kalu aku ada kuasa, tada ic kalu, lima ringgit ron95 1 liter. Tada suka pigi berambus. Duduk sini liwat anak orang, lari dari penjara. Cih.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:09 PM | Show all posts
https://www.msn.com/en-my/lifest ... 53baf90a6&ei=30

Horey horey worey. Yeaaayyyyeeeee...........
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kongsi mana pump no stock minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts

Semua benda ko tapau..menteri kpm ko,ekonomi ko,mof ko, pm pun ko..menteri lain mmg goyang telur jela

Takpernah jumpa pm terpaling minta credit naik minyak tiap2 minggu tp pakej rangsangan ekonomi xde bg lgsg!!!

Ckp jela ko tak nak bg minyak sbb nk rakyat naik minyak..nnt dpt darurat ko kekal berkuasa...gila punya banduan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:54 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 11-4-2026 08:48 AM
Takpernah jumpa pm terpaling minta credit naik minyak tiap2 minggu tp pakej rangsangan ekonomi xde b ...

ko kata..  
ransangan ekononomi x bagi langsung..

duit nak rangsang ekunumi tu banyak abih kat sabsidi petrol & diesel

aparaaa..

tulis x guna otak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2026 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi la kuota petrol95 300L
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 10:39 AM | Show all posts
apr may ni kita dah tahu

june tu semua guna ron97 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 11-4-2026 08:54 AM
ko kata..  
ransangan ekononomi x bagi langsung..


Anak sapa bongok sgt ni..tu subsidi..
Sebelum ni berlambak pakej rangsangan ekonomi PM terdahulu bagi..cth time covid...

subsidi jadi hilang ke bila pakej rangsangan ekonomi dperkenalkan masa pkp? Ke ko yang hilang ingatan masa tu akibat ditidurkan dlm kandang babi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-4-2026 10:39 AM
apr may ni kita dah tahu

june tu semua guna ron97 ke?

Dah kalau cukup in the first place naik melambung dkt WM tu apa kes...patutnya naik bila source already  limited / scarce

Dia bgtahu utk bagi org ready ke bg orang lg panik
Apa tindakan dia as PM,head of country?
Hanya setakat bgtau je ke? Solusi xde?tergantung terbiar sepi gitu je ke

Dh blh tgkp ke pmx kerana mencetuskan kegentaran dikalangan rakyat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:21 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 11-4-2026 12:22 PM
L.U.S.M replied at 11-4-2026 11:51 AM
Anak sapa bongok sgt ni..tu subsidi..
Sebelum ni berlambak pakej rangsangan ekonomi PM terdahulu b ...

bila harga crude oil naik

harga petrol & disel tanpa sabsidi naik

nak menten harga BUDI95 & Diesel Sabah Sarawak

makin banyak allocation utk sabsidi petrol & diesel

so, duit utk benda2 lain da kurang

nak tampung kenaikan gaji gomen 2 kali lagi

anak n cucu saper ni

bongok bebenor

da tua pon bodo




Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tindakan hapus subsidi petrol dan diesel adalah terkutuk, tidak bertanggungjawab dan memangsakan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeaaaa Leh la ulang ulang pegi makan asam pedas Muar
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa penyelamat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkawal tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkawal wak lu....smlm nk isi minyak ron95 habis stock, nak x nk isi 97 lanjiaooooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampat lagi tanya najib camne najib boleh stabilkan harga minyak dari 2011-2014, siap bagi macam2 bantuan kr1m br1m sl1m pr1ma, projek2 mega tetap jalan mrt, lrt, brt, pan borneo, pnb118, trx etc  hutang tambah sikit je, tak jarah duit petronas, aset PNB mencanak canak, dividen tabung haji, asb, epf lumayan tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-4-2026 08:27 PM
Sampat lagi tanya najib camne najib boleh stabilkan harga minyak dari 2011-2014, siap bagi macam2 ba ...

Tapi, bukan ke kita ada Menteri Kewangan terbaik Asia?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 10-4-2026 11:09 PM
https://www.msn.com/en-my/lifestyle/other/malaysia-to-bring-back-bangladesh-workers-minister-promise ...

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia





http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 09:48 PM | Show all posts
Kaka, jangan mara la kaka. Stock suda abis cari lain pump la kaka. Saiya pun dudu Malaysia mau guna petrol la. You worang panggei kita mari sini, kasi equal la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.093468 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list