CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1450|Reply: 0

Peguam beri amaran henti fitnah ibu Zara Qairina, sedia ambil tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 10-4-2026 10:15 AM | Show all posts |Read mode





Kota Kinabalu: Pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebar fitnah terhadap Noraidah Lamat dan keluarganya.

Menerusi kenyataan hari ini, barisan peguam diketuai Shahlah Jufri, berkata pihaknya memandang serius sebarang penyebaran, pengulangan atau penerbitan kenyataan fitnah terhadap Noraidah.

"Mana-mana pihak yang terus membuat atau menyebarkan tuduhan tidak berasas akan berdepan dengan tindakan undang-undang tanpa sebarang notis," katanya.

Selain Shahlah, pasukan peguam mewakili ibu arwah Zara Qairina turut disertai Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Menerusi kenyataan itu lagi, mereka maklum mengenai hantaran dan komen beberapa pemilik akaun Facebook yang mengandungi tuduhan fitnah, gangguan dan penghinaan terhadap Noraidah dan keluarganya berhubung kematian Zara Qairina.

"Adalah dimaklumkan bahawa Puan Noraidah Lamat sudah membuat laporan polis pada 9 April 2026 terhadap pemilik akaun tersebut.

"Tuduhan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan fitnah serius yang menjejaskan reputasi serta kesejahteraan emosinya dan keluarga.

"Sebarang komen atau spekulasi yang melampaui batas adalah tidak wajar, berpotensi bersifat subjudis serta boleh mengganggu pentadbiran keadilan," kata kenyataan itu.

Prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, bersambung semula pada 13 hingga 17 April ini.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058904 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list