CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1768|Reply: 2

Bekas mat rempit raih 5 angka selepas jadi pencipta kandungan permotoran

[Copy link]
Post time 10-4-2026 10:08 AM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: "Dulu ramai orang perlekeh dan hina dengan menggelar saya mat rempit serta sampah masyarakat.

"Tapi sekarang, saya bersyukur kerana mampu berubah dan dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan," kata Muhammad Khairul Khairuddin atau dikenali Khairul ACQ dalam kalangan pengikut di media sosial.

Khairul, 26, pernah terjebak dengan kegiatan rempit ketika remaja namun sudah 'cuci tangan' dan mula meninggalkannya selepas menjadi pencipta kandungan permotoran di TikTok pada 2017.

Menurutnya, dia semakin aktif sebagai pencipta kandungan sejak tiga tahun lalu dan bersyukur kerana mendapat kepercayaan syarikat dan agensi yang bukan hanya mempelawa untuk bekerjasama malah mengundangnya ke program berkaitan permotoran.

Khai berkata, dunia media sosial banyak mengubahnya daripada seorang penganggur dan 'mat rempit' ke arah lebih baik.

Menurutanya, pendapatan bulanannya juga mencecah lima angka dengan menjadi pencipta kandungan dan pempengaruh.

"Saya pernah sambung belajar dalam Diploma Pengurusan Perniagaan di Politeknik Ungku Omar dekat Ipoh, Perak tetapi berhenti ketika di semester empat.

"Emak dengan ayah kecewa lebih-lebih kerana lihat saya tak buat selepas berhenti belajar… waktu itu pun, saya jadi sangat nakal dan suka merempit tanpa hala tuju.

"Tapi saya mula terdetik nak berubah selepas buka media sosial dan peluang menjana pendapatan dalam dunia permotoran jika tahu cara yang betul," katanya kepada Harian Metro.

Berbekalkan kemahiran yang ada, Khai memanfaatkannya dengan mengambil ubah mengubahsuai motosikal dan turut mempromosikannya di media sosial.





Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, percubaannya berhasil dan ia mendorongnya terus mencari pendapatan dengan cara sebegitu walaupun belum ada bengkel sendiri.

"ada masa sama, saya terus muat naik video berkaitan permotoran di TikTok dan pernah dapat tawaran berbayar untuk mempromosikan acara dan baju kurta satu jenama tempatan.

"Syukur sangat dan jika dulu emak dengan ayah tak yakin tapi sekarang mereka bagi sokongan setiap kali saya nak turut serta dalam program permotoran.

"Mereka pun selalu doakan saya dimurahkan rezeki dan itu menjadi penguat saya selain isteri dengan anak kami yang baru berusia dua tahun," katanya yang berasal dari Kuala Kangsar dan kini menetap di Padang Rengas, Perak.

Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 10:30 AM | Show all posts
Tahniah dik. Semoga sucsess murah rezeki keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik haritu try cuci karburator menjadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.043981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list