CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5574|Reply: 40

Polis buru banduan Pakistan lolos Penjara Sungai Buloh

[Copy link]
Post time 10-4-2026 10:05 AM | Show all posts |Read mode




Sungai Buloh: Polis giat memburu seorang tahanan reman warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam sebelum operasi mengesan bagi menangkap semula banduan terbabit dilancarkan segera.

Menurutnya, sejurus laporan diterima, usaha mengesan dipergiatkan termasuk di kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek.

"Banduan kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan terbabit mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597.

"Mereka juga boleh menghubungi IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran masyarakat.


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesalahan apa? Yang menyamun & merogol kat jejantas serdang tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mempunyai jenayah seksual terhadap kanak2..hati2 uols...patut kena alert kwsn sekitar ni...semoga cpt ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:10 AM | Show all posts
Edited by silance at 10-4-2026 10:12 AM

Nama yang disebut kat atas tu rasanya kes liwat budak/remaja. Ada thread lama taun 2024 kot tak salah timing dia.
Tu la lembik sangat dengan banduan pati Pukistan ni sempat dia lari. Celaka laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjara sungai buloh tu cikai ka?mcm mana boleh terlepas? ngular ke semua??? or rasuah? bodoh tul
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:45 AM | Show all posts
macam mana boleh terlepas? penjara bukan mudah nak lari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe dah ada kt kedai perabut
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana la boleh terlepas
Dalam dok pakai baju oren tu boleh jg xperasan ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat kena hati2...majikan,ahli2 parlimen,pembuat dasar bawa pakistan mai Msia xyh risau...pakis ni takkan pergi kwsn 'orng besar'.Sekali lg 'kena' rakyat juga...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 02:40 PM | Show all posts
kalo jumpa terus sula la.. kan suka meliwat.. so kita liwat la dia balik

camtu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 03:28 PM | Show all posts
Purestteam1 replied at 10-4-2026 12:27 PM
maybe dah ada kt kedai perabut

dh sampai nilai 3 ape


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:40 PM | Show all posts

kat situ dia dah pakai janggut panjang palsu, kopiah...terus org tak cam..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:44 PM | Show all posts
mejaputih replied at 10-4-2026 04:40 PM
kat situ dia dah pakai janggut panjang palsu, kopiah...terus org tak cam..

mesra2 layan customer

bg diskaun2 murah lagi

teda igt juga dah, sama kes


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:54 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 10-4-2026 04:44 PM
mesra2 layan customer

bg diskaun2 murah lagi

customer gembira keluar kedai....ckp kat pasangan "untung kita berurusan dgn paki yang ini ye, dpt murah2"

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 05:12 PM | Show all posts
mejaputih replied at 10-4-2026 04:54 PM
customer gembira keluar kedai....ckp kat pasangan "untung kita berurusan dgn paki yang ini ye, dpt ...

mission accomplised kata si paki
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba cerita camna boleh lolos  dah pakai baju oren tu, takkan pulak ada orang kasi tumpang naik lori ke keta lepas lari tu  review cctv kat jalanraya jugak untuk tracking penjenayah nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 07:26 PM | Show all posts
Kalau ada terjumpa, mohon abg2 gagah perkasa belasah cukup2 pastu baru serah gi balai polis.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:10 PM | Show all posts
aneh.. kalau lari sekalipun, tak sempat pergi jauh walau lari non-stop. kalau track guna anjing pun sempat.

kalau ada contact luar, ada orang amik naik kereta, motor. pun dapat trace

suspicious betul kes ni.. plus, perenggan terakhir dalam berita tu, jangan buat spekulasi.. macam boleh agak je ni. kes gunting dalam lipatan eh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dpt nnt mesti teruk kena kat dlm
sape suruh lari
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan jadi ulat kana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.053103 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list