CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1738|Reply: 7

Iran tak 'cari' perang dengan AS, Israel. Namun, kami tidak akan melepaskan hak kami walau apapun - Mojtaba Khamenei

[Copy link]
Post time 10-4-2026 09:51 AM | Show all posts |Read mode





Tehran: Pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, berkata, republik Islam itu tidak mahu berperang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, tetapi akan melindungi haknya sebagai sebuah negara, lapor televisyen kerajaan.

"Kami tidak mencari perang dan kami tidak mahukannya," katanya dalam mesej yang dibacakan di TV kerajaan, beberapa minggu selepas bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, terbunuh pada 28 Februari, hari pertama peperangan itu.

"Namun, kami tidak akan melepaskan hak kami walau apapun keadaan, dan dalam hal ini, kami menganggap seluruh barisan penentangan sebagai satu entiti," tambahnya, merujuk kepada Lubnan di mana Israel sedang bertempur dengan sekutu Tehran, Hizbullah.

Iran minggu ini bersetuju kepada gencatan senjata dua minggu dengan AS yang boleh membawa kepada rundingan damai selepas ancaman pemusnahan daripada Presiden AS, Donald Trump.

Mojtaba memberitahu rakyat Iran bahawa mereka tidak boleh menganggap tidak lagi perlu turun ke jalanan, meskipun pengumuman gencatan senjata sudah dibuat.


"Suara anda di dataran awam pastinya berpengaruh dalam hasil rundingan itu," katanya, menurut mesej yang disiarkan di televisyen kerajaan.

Mojtaba, yang berkemungkinan cedera dalam serangan menyebabkan bapanya terbunuh, masih belum kelihatan di khalayak ramai sejak pelantikan kepimpinannya.

Beliau mengeluarkan kenyataan bertulis, yang kebanyakannya dibacakan oleh penyampai di televisyen kerajaan.

Malah, Trump membuat spekulasi bahawa beliau mungkin sudah meninggal dunia, tetapi televisyen kerajaan Iran menyatakan beliau sedang pulih daripada kecederaannya dan menyiarkan beberapa gambar tanpa menyatakan bila ia diambil.


Sumber - Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 12:17 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah lupa palestine?..

Iran supporter di forum sudah haywire...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 11-4-2026 08:57 AM
Sudah lupa palestine?..

Iran supporter di forum sudah haywire...

Walaupun aku x ada isu sgt dgn Iran, tp dlm isu ni paling best layan ceramah ustad2 penglipulara.... Semua pakat julang Iran kononnya Iran ni yg berjuang utk bebaskan Al Aqsa.....

Tetiba 10 syarat yg dorg bagi, satu hapa x mention interest Palestine... Most of it pasal ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 11:31 AM | Show all posts
ada ka yang percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Long live IRGC! Bring on the caliphate era!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2026 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 11-4-2026 01:06 AM
axl_bach replied at 10-4-2026 05:09 PM
Walaupun aku x ada isu sgt dgn Iran, tp dlm isu ni paling best layan ceramah ustad2 penglipulara.. ...


Iran tidak boleh settle palestine- israel dengan sendiri....russia and china tidak attack akan israel...
israelis banyak datang dari soviet.. (1st country/nation recognised israel + recognise west Jerusalem as Israel capital ) ...
China bussiness partnership dengan israel..same seperti iran..

Gaza crisis golden ticket untuk iran guna kan proxy (hezbollah) untuk gain regional power...guna name palestine... Send drones... Missiles attacks israel untill today israel masih exist..
Di sebab kan gaza crisis other countries di luar middle east tidak concern death toll...hezbollah Unlawful agression ke atas sovereign country .. Seperti  Lebanon.. And iraq... Exclude syria...

Palestine akan maintain seperti palestine sekarang..

If Iran ada nuke... Israel ada nuke... Last last Al Aqsa turn to dust..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul jugak mcm Iran ckp, Selamat ni yg jd penyangak gangter kg dusun usa la, habis suma dia bedal, Vietnam, afghan, Libya, somalia, Iraq, iran mmg gila la us ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056844 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list