CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1713|Reply: 8

[Tempatan] Op Hazard 3.0: 56 warga asing ditahan, 1.42 juta kg e-waste bernilai lebih RM180 juta dirampas

[Copy link]
Post time 10-4-2026 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-4-2026 09:29 AM






Op Hazard 3.0: 56 warga asing ditahan, 1.42 juta kg e-waste bernilai lebih RM180 juta dirampas


KUALA LUMPUR: Seramai 56 warga asing ditahan, manakala 1.42 juta kilogram (kg) sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM180 juta berjaya dirampas dalam Op Hazard 3.0 yang dijalankan serentak di 14 lokasi sekitar Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, Isnin lalu.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata serbuan itu dilakukan di 10 lokasi sekitar Selangor, Negeri Sembilan (dua) dan Johor (dua).

Beliau berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Hasil serbuan, pasukan berjaya menahan seramai 56 individu dan merampas pelbagai jenis barangan dengan nilai berjumlah kira-kira RM187 juta.

"Rampasan itu membabitkan e-waste seberat 1.42 juta kg bernilai RM180.92 juta; produk plastik 11,000kg (RM1.37 juta); barang lusuh 2,600kg (RM300,000) serta lain-lain barangan sebanyak 134 unit (RM4.6 juta)," katanya pada sidang media di Markas Briged Tengah PGA, di sini, hari ini.

Hakemal berkata, tangkapan pula membabitkan 48 lelaki dan lapan wanita dari China, Myanmar serta Bangladesh berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kebanyakan premis diserbu itu beroperasi sebagai kilang memproses e-waste yang dipercayai aktif sejak dua hingga tiga tahun lalu.

"Premis terbabit dikesan tiada permit memproses e-waste. Kebanyakan individu yang ditahan itu adalah pekerja dengan sebahagian mereka tidak mempunyai dokumen," katanya.

Setakat ini, Hakemal berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak tempatan dan luar negara terbabit, selain siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik premis berkenaan.

"Kita masih mengesan pihak terbabit, dan siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti destinasi penghantaran bahan e-waste berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2021; Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; serta Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Hakemal memaklumkan sepanjang tempoh 1 Januari lalu hingga hari ini, sebanyak 140 serbuan dijalankan di kawasan Briged Tengah meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Seramai 394 individu berjaya ditahan, selain rampasan dengan keseluruhan nilai RM216 juta," katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Datuk Wandi Yadzid Yaakob, berkata kesalahan utama dikesan melalui operasi itu ialah pemprosesan e-waste tanpa lesen serta pembukaan premis tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

"Kesalahan itu membabitkan Seksyen 18, 19, 34A dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Denda maksimum bagi kesalahan itu ialah hingga RM10 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata, e-waste diklasifikasikan sebagai buangan terjadual yang memerlukan kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar untuk diproses atau dikendalikan.

"Pemprosesan e-waste tanpa kelulusan adalah satu kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Buangan Terjadual 2005.

"Tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti itu secara haram," katanya sambil memaklumkan sebanyak 27 premis dikesan beroperasi tanpa kelulusan melalui operasi Op Hazard 3.0.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2026 01:24 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-4-2026 09:27 AM




https://m.youtube.com/watch?v=NDtZAwClOK4&ra=m


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2026 01:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
mintak tengok skali kt kendong (rembau/tampin).. bekas kilang smr.. bertimbun sampai elektronik.. cakap malaysia x boleh, cakap inggeris x boleh... PRC
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:51 AM | Show all posts
padan muka ko babi
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:24 AM | Show all posts
Pati asing olangs/asing worangs senyap-senyap macam anai-anai buat keje dapat duit ratus juta. M perasan hebat terpaling pula merapu kat YT TT livestream podcast tong kosong mengaku dia paling hebat semua benda ekonomi, urus negara. Podah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
TUDIA...MSIA dah jadi 'TONG SAMPAH' warga asing...segala yg buruk dah 'berlambak' di Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
3 berita teratas forum cari hari ini...semua mengenai PERANGAI BURUK WARGA ASING.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 04:08 PM | Show all posts
sebab tu ewaste ni x boleh dispose sesuka hati. DOE patut trace datang dr kilang mana... sebab semua kilang berlesen, nak dispose ewaste kena report kastam, pastu report DOE.

iols punya waste collector pun rajin kena sergah dengan DOE... padahal ada lesen tu.
ni jenis yang kutip2 ke, rompak ke, kilang buang secara haram kut...pastu gajinya illegal workers ni kan boleh bayar gaji ikut suka hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056575 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list