|
|
JAKARTA -- Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto menyentuh mengenai peranan Selat Hormuz di mana 70 Peratus keperluan tenaga Asia Timur melalui Laut Indonesia ketika konflik yang melanda di Timur Tengah itu, lapor Kompas TV.
Prabowo tidak menyangkal bahawa Selat Hormuz sebagai laluan laut sangat penting yang boleh mempengaruhi harga minyak dunia dan nasib banyak negara.
Namun beliau turut mengingatkan bahawa Indonesia juga memiliki peranan penting dalam laluan perdagangan dan tenaga dunia, khususnya bagi negara-negara di Asia Timur.
"Sedarkah kita, bahawa 70 peratus keperluan tenaga Asia Timur, 70 peratus tenaga dan 70 peratus perdagangan melalui laut-laut Indonesia
"Sedarkah kita bahawa Selat Melaka, Selat Sunda, Selat Makassar, dan lain-lain itu adalah laut Indonesia? Sedarkah kita betapa pentingnya Indonesia? Betapa kuncinya kedudukan Indonesia?
" eperangan di Timur Tengah membuktikan satu Selat Hormuz itu menentukan kelangsungan hidup banyak bangsa, menentukan harga minyak.
"Yang sekarang kuncinya Hormuz itu dipegang oleh satu negara," ujar Prabowo dalam taklimat bersama barisan Kabinet Merah Putih di Istana Kepresidenan, Jakarta, hari ini.
Tambahnya, perkara inilah yang menjadikan kedudukan Indonesia sentiasa meraih perhatian dunia antarabangsa.
"Jadi saudara-saudara, kita harus faham bahawa kita sentiasa menjadi perhatian dunia," ucapnya lagi.
|
|