CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3468|Reply: 20

Indonesia Antara Negara Paling Selamat Jika Perang Dunia-3 Berlaku, Pergi Ke Bali..Lihat Berapa Ramai Orang Rusia, Ukraine" - Prabowo

[Copy link]
Post time 9-4-2026 03:43 PM | Show all posts |Read mode





Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa negaranya merupakan antara negara paling selamat di dunia dalam menghadapi pelbagai ancaman global, termasuk potensi ancaman Perang Dunia Ketiga.

Memetik Metro TV News, Prabowo berkata mengenai perkara tersebut di hadapan barisan menteri serta pengarah utama BUMN dalam mesyuarat kerja di Istana Kepresidenan pada Rabu.

"Kalau berlaku Perang Dunia Ketiga, negara mana yang selamat? Indonesia termasuk antara yang teratas. Sekarang kalau pergi ke Bali, lihat berapa ramai orang Rusia di situ, berapa ramai orang Ukraine di situ," katanya.




Menurutnya, indikator keselamatan Indonesia dapat dilihat secara nyata melalui jumlah warga Rusia dan Ukraine yang memilih menetap di Bali bagi mengelakkan konflik di negara asal mereka.

Sebagai langkah strategik untuk melayani warga asing dan pelabur yang mencari perlindungan kewangan, kerajaan merancang untuk membangunkan pusat kewangan khas (special financial center).

Prabowo mendedahkan bahawa pembangunan pusat kewangan ini merupakan cadangan daripada Pengerusi Majlis Ekonomi Nasional (DEN), Luhut Binsar Pandjaitan.

Bali dijangka menjadi lokasi utama kerana telah menjadi destinasi kegemaran pelancong antarabangsa, termasuk mereka dari kawasan konflik.

"Sekarang wang-wang di Timur Tengah mahu ke mana? Negara mana yang tidak berperang, cuba beritahu sekarang? Indonesia antara yang paling diminati," katanya.

Sumber - Siakap Keli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 05:58 PM | Show all posts
umm.. Iols tak rasa diorang peduli semua tu

they just push the big red button and call it a day
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 06:09 PM | Show all posts
besar fenomena pelancong2 dibali sampai sebut perang dunia ke 3.. prabowo ni suka sgt exagerate
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Knpla dimata kero den, dia ni xlayak jd pemimpin..cerdik pun mcm tak je..ke cerdik??? Kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaka Russia.
Jaka Ukraine.
      
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
apa pemakanan diorg ni... dari rakyat sampai pembesar mcm halusinasi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 9-4-2026 06:26 PM
Knpla dimata kero den, dia ni xlayak jd pemimpin..cerdik pun mcm tak je..ke cerdik??? Kehkehkeh

Muka pun kampung. Muka pendalaman Jawa Timur.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
X payah perang ...bencana alam yg selama ni wujud cth Tsunami, gunung berapi, Gempa bumi pun negara  indon x selamat pun untuk didiami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba la ckp based on facts bukan assumption
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:59 AM | Show all posts
Presiden pun mentaliti level bibik Friska ...kebas laki org sekarang jadik nurse jaga laki tengah sakit

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Besties dengan sorang tu.. sama je
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:27 AM | Show all posts
Bencana alam pun tak pandai manage, apa lagi kalau perang... memang dia biar semua mampos nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:37 AM | Show all posts
hahaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat? Sampai ke hari ni belum sampai lagi ke sana gara2 risau kang tiba2 bergegar sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:09 AM | Show all posts
ler, yang rame turis asing setakat bali jer.. kota2 lain kat endon tu mana ada banyak turis asing pown.. kalo ada pown turis malaysia nak shopping baju murah dan makan nasi padang..

neway bukan aritu bali ada bah besar sampai turis2 tu kena naik sampan nak selamatkan diri?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 04:12 PM | Show all posts
iols baca dulu negeri yang selamat kalau berlaku perang cuma New Zealand... sbb jauh dari negera lain pastu manusia pun tak ramai kat situ

indonesia... rakyat jek sebilion... cemana dia boleh claim kalau perang dunia depa boleh selamat?
selamat tu bukan dr segi penjajahan atau kerosakan, orang concern sekarang ekonomi tak bergerak... barang mahal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 04:22 PM | Show all posts
xde perang pun x selamat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
X perang pn Rakyat ko dah lari
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 9-4-2026 06:26 PM
Knpla dimata kero den, dia ni xlayak jd pemimpin..cerdik pun mcm tak je..ke cerdik??? Kehkehkeh


Mmg skang nk jadi ketua kene kureng cerdik
Tgok je trumpet
Mcm org gila
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 07:23 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 10-4-2026 07:24 PM

Selamat keeeeerrr? Bukan ke bln lepas ada kes anak gengster Ukraine mati dibunuh pastu dikerat2 kat Bali.

Tapi ai sgt sokong ramai2 lari pergi Bali. Tanah sorga harus di sharing2 kheeenn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.060817 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list