CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1991|Reply: 13

Bahagian Penguasa Angkasa sah terima maklumat objek di ruang udara Sarawak

[Copy link]
Post time 9-4-2026 03:30 PM | Show all posts |Read mode




PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan menerima maklumat awal mengenai penampakan objek disyaki serpihan angkasa di ruang udara Sarawak, dua hari lepas.

Dalam kenyataan hari ini, MOSTI memaklumkan setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai penemuan serpihan tersebut di darat atau perairan.

"Berdasarkan penelitian awal video tular, objek tersebut dipercayai berkemungkinan sebahagian serpihan objek angkasa namun pengesahan lanjut masih dalam siasatan.

"emantauan sedang dijalankan secara aktif oleh BPAngkasa dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)," menurut MOSTI.

Orang awam dinasihatkan agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau talian kecemasan 999 atau terus kepada BPAngkasa di talian 03-8885 8685 atau emel [email protected].

Baru-baru ini, tular di media sosial kandungan video berdurasi kira-kira 10 saat daripada beberapa warganet yang mendakwa penampakan objek bercahaya dipercayai jatuh dari langit melintasi ruang udara Sarawak.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2026 06:08 PM | Show all posts
laahh Januari haritu baru ada kes

akta 834 ke ape entah. tak ingat

kesian Sarawak, dok kena hujan serpihan entah satelit ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 06:12 PM | Show all posts
Akta 834 menyediakan kerangka undang-undang yang jelas bagi menangani insiden atau kemalangan berkaitan objek angkasa. Ini termasuk:
1. Prosedur untuk mengenal pasti dan menguruskan objek angkasa yang rosak atau jatuh ke bumi.
2. Perlindungan liabiliti Malaysia di peringkat antarabangsa sekiranya insiden melibatkan negara lain.
3. Tindakan kecemasan dan penyiasatan bagi menentukan punca kemalangan dan mengelakkan kejadian berulang. Kerajaan juga akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk memastikan setiap insiden ditangani secara profesional, selaras dengan peraturan United Nations Committee on Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS).


dapat jumpa tu, saman tuan dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alien pon nak landing isi minyak kat sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhh bercahaya mcm tu ingatkan balan-balan lah tadi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahana diesel murah..Alien pun nk seludup juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2026 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sarawak di mana? Sarawak ni luas tau. Aku yang duduk sarawak pun tak tahu kejadian ni. Macamkan satu sarawak kene serpihan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2026 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ni Venom mendarat ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2026 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
If serpihan angkasa yang ada alien macam venom, habis la
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
DAYANG BINTANG???
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2026 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
DARA BUNGAS???
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:14 PM | Show all posts
any updates?


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 04:18 PM | Show all posts
taikor replied at 11-4-2026 06:23 PM
If serpihan angkasa yang ada alien macam venom, habis la

katanya megathron.


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 04:22 PM | Show all posts
antoo diesel rega rahmahh tuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.064745 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list