CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2430|Reply: 16

[Tempatan] Tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung - Haji Hadi Awang

[Copy link]
Post time 8-4-2026 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Abdul Hadi ingatkan umat Islam jangan terus ditipu isu harga minyak, geopolitik
MOHD AZLIM ZAINURYMOHD AZLIM ZAINURY
08 April 2026 12:33pm
Masa membaca: 3 minit


SHAH ALAM - Pas mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan, tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.

Menurut Abdul Hadi, pengecualian harga minyak di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa alasan kenaikan harga di Semenanjung adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.

Beliau mendakwa Malaysia tidak terjejas oleh sekatan terhadap Iran kerana keberanian rakyatnya menyokong kedaulatan negara Islam tersebut.

"Masalah sebenar yang berlaku adalah banyaknya kebocoran dan salah laku dalam pengurusan.

"Tidak ada sebab menaikkan harga minyak sedangkan sebelum ini ada kenyataan berdegar-degar kononnya boleh menyelesaikan isu ini dalam masa kurang 24 jam," ujar beliau dalam satu kenyataan bertajuk 'Minda Presiden Pas' pada Rabu.

Beliau turut memetik amaran negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad agar bangsa Melayu tidak mudah lupa, terutamanya terhadap janji-janji manis politik yang gagal dikotakan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyifatkan kepimpinan semasa yang gagal menurunkan harga minyak sebagai bersikap penakut dan menggunakan alasan global sebagai perisai.

Beliau menyifatkan pemimpin sedemikian sebagai 'murid penjajah' yang pandai berlakon dan menipu rakyat demi mengekalkan kuasa.

"Rasulullah SAW pernah memberi amaran supaya orang beriman tidak ditipu berulang kali sehingga memperlihatkan kebodohannya.

"Malulah bangsa Melayu yang mengaku Islam sekiranya boleh ditipu berkali-kali oleh pemimpin yang boleh diajak menari di atas pentas," tambah beliau lagi.

Menyentuh isu antarabangsa, Abdul Hadi membela tindakan Republik Islam Iran yang menyerang balas pangkalan musuh.

Beliau mendakwa terdapat penipuan naratif yang cuba melagakan mazhab Sunni dan Syiah bagi menutup kelemahan negara Arab yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan Israel.

"Negara-negara ini tidak mengutuk Zionis yang menceroboh, sebaliknya mengutuk Iran yang membalas serangan. Ini adalah penipuan baharu.

"Rakyat ditipu kononnya Iran menceroboh jiran, padahal Iran membantu rakyat Palestin yang majoritinya Sunni," jelasnya.

Beliau menyeru umat Islam agar tidak hanya menjaga ibadat ritual seperti solat dan haji, tetapi juga memerdekakan aspek ekonomi daripada terus 'menyembah' institusi kewangan Barat seperti Bank Dunia dan IMF.

"ALLAH meletakkan otak di atas kepala untuk berfikir, bukan searas dengan perut seperti binatang ternakan yang hanya memikirkan nafsu. Berfikirlah dengan matang dan jangan biarkan diri terus ditipu oleh syaitan berwajah manusia," ujarnya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan bahawa sejarah kejatuhan tamadun Melayu dahulu berpunca daripada kelemahan iman dan pemimpin yang berpecah-belah, sekali gus menggesa penyatuan umat di bawah panji Islam yang syumul.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 lah wartawan pun, tanya lah soalan haid dan nifas sudah laaa.... Yg pergi tanya soalan diluar kapasiti dan capability otak Ayohchik buat apa lah haiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 08:48 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 8-4-2026 08:49 PM

ini parti nak perintah Mesia lepas PRU16..

ini parti nak jadik PM Mesia lepas PRU16..

wahai Walaun sekalian..

bodo ke korang..

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nk gelak tak

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
aii lebih suka skrg..dpt 300 liter harga subsidi rm1.99 seliter...org asing pi bayar harga semasa.....

kalau presiden ni bijak bestari..boleh bagi satu kaedah penyelesaian ke tak???
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 09:59 PM | Show all posts

Takbeerrrrr!!!

Edited by manopBKK at 8-4-2026 10:04 PM





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2026 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadi bawang ni tak tau ke seluruh dunia aedang dicengkam oleh kekejaman rejim syiah laknatulah iran yang menutup laluan semulajadi ciptaan tuhan yang bernama selat hormuz?

Arakian, pmx baru je naikkan harga diesel ke rm6.72 webentar tadi sebagai langkah proaktif bagi menghadapi gejala yang menyelubungi maayarakat aedunia (kecuali sabah sarawak) dewasa ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 8-4-2026 10:11 PM
Hadi bawang ni tak tau ke seluruh dunia aedang dicengkam oleh kekejaman rejim syiah laknatulah iran  ...

Harga minyak naik lagi, kenapa tak puji kerajaan?

Salam RM7 seliter.



https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kerajaan-terus-kekalkan-harga-bersubsidi-susulan-ketidaktentuan-pasaran-minyak-global
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 10:24 PM | Show all posts
SHAH ALAM - Pas mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.

Dia kan bekas duta khas timur tengah yang berjaya. Jangan tipu-tipu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 8-4-2026 10:24 PM
SHAH ALAM - Pas mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh p ...

Duta timur tengah ka duta pantai timur? Tanya tax jawab taxi. Bila diasak soalan KBAT, terus binatangkan orang. Last resort, terus kata soalan syaiton. Mcm mana la geng PAS still dok puja mamat ni. X boleh hadam aku.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 01:09 AM | Show all posts
silance replied at 8-4-2026 10:24 PM
SHAH ALAM - Pas mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh p ...

Duta juara tak hadir parlimen....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Rehat la tuan haji. Dok rumah, santai2. Boleh install threads kalau boring
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 08:28 PM | Show all posts
shalalat replied at 9-4-2026 07:44 AM
Rehat la tuan haji. Dok rumah, santai2. Boleh install threads kalau boring


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 08:47 PM | Show all posts
parti engko sendiri pown terpaksa mintak derma orang ramai guna tin milo ada hati nak ckp pasal hal ekonomi...

kalo ko teror sgat pasal hal ekonomi dan perdagangan xderla rakyat negeri ko berbondong2 kena cari kerja ke negeri lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2026 07:52 AM | Show all posts
Persoalan dia mengenai kenaikan harga minyak di semenanjung tu menunjukkan yang memang tidak faham mengenai pasaran dunia. Kita beli pada harga market price dunia, tiada kena mengena dengan kapal kita boleh lalu atau tidak atau dikenakan tol atau tidak.

Persoalan kedua mengenai kenapa harga minyak diesel di sabah dan sarawak kekal. Rakyat semenanjung kena faham yang Sabah dan Sarawak ni ada kedudukan istimewa dalam Malaysia dan tidak pelik jika ada secret deal antara kerajaan pusat dengan sabah dan sarawak. Untuk cover benda ni guna la alasan infrastruktur di sana mundur, ramai orang pakai pickup, harga barang harian di sana lebih mahal,dan sebagainya. Mereka boleh guna MA63 untuk mengugut kerajaan pusat. Manakala negeri-negeri melayu di semenanjung tak ada keistimewaan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:33 AM | Show all posts
tu la haji, berkawan lagi dengan penipu.
dulu dia cakap tu tipu ja semua, haji g percaya..
kawan yang dulu tu la, hari ni kita menang, besok minyak turun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2026 09:32 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.063013 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list