CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1734|Reply: 6

[Tempatan] Imam sambilan rakam adik ipar mandi didenda RM8,000

[Copy link]
Post time 8-4-2026 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU - Seorang imam sambilan di sebuah surau dijatuhi denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya yang sedang mandi pada hari keempat Aidilfitri atau 24 Mac lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja merakam seorang wanita berusia 27 tahun dengan niat mengaibkan kehormatan serta mengganggu kesantunannya.

Kejadian berlaku pada 24 Mac sekitar jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah, memohon hukuman setimpal memandangkan mangsa adalah adik ipar tertuduh dan kejadian berlaku ketika keluarga besar berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri.

"Sebagai imam sambilan di surau, tertuduh sepatutnya menjadi contoh dan bukannya mencemar maruah ahli keluarga sendiri," katanya.

Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najwa Fahima Mohamad Fadzil, merayu agar hukuman minimum dikenakan kerana tertuduh sudah insaf serta menanggung isteri, dua anak termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung berlubang, serta ibu yang menghidap diabetes.

Majistret Rais Imran menegur tindakan tertuduh sebagai mencemarkan maruah keluarga, dengan berkata:


"Sebagai individu berpendidikan undang-undang dan imam, tertuduh sepatutnya melindungi maruah keluarga, bukan mengambil kesempatan. Jangan jadi seperti haruan makan anak," katanya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menemui telefon bimbit yang disembunyikan di atas dinding bilik air ketika mandi.

Pemeriksaan mendapati telefon itu milik tertuduh, lalu mangsa merampasnya sebelum membuat laporan polis bagi mengelakkan rakaman tersebar.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Imam pun ada nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 04:50 PM | Show all posts
kejadian berlaku ketika keluarga besar berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri.

tertuduh sudah insaf serta menanggung isteri, dua anak termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung berlubang, serta ibu yang menghidap diabetes.




Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Imam sambilan kan? Masa tak jadi imam tu dia jadi camera man.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 05:43 PM | Show all posts
Ini imam yang tiada iman!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
org mcm ni la yg bg nama agama rosak
mcm mana la blh jd imam
tak lulus ni patutnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2026 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia kurang bergetah banding adiknya kot, x pun dh geleber sana sini.....x pun nk tackle adik tp dpt bini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.613062 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list