CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2236|Reply: 10

[Tempatan] Lelaki mengaku berzina dalam kereta dengan jiran sekampung hingga lahir anak

[Copy link]
Post time 8-4-2026 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-4-2026 07:35 PM


Foto hiasan

Lelaki mengaku berzina dalam kereta dengan jiran sekampung hingga lahir anak

MUAR: Seorang lelaki ditahan pagi semalam sekali gus mendedahkan perbuatannya bersekedudukan dengan teman wanita berusia 22 tahun sehingga melahirkan seorang anak, dua bulan lalu.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 11.30 pagi, selepas pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerima satu aduan mengenai kes perzinaan sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

Menurut JAINJ, sebaik menerima aduan terbabit, sepasukan penguat kuasa bertandang ke rumah wanita pada jam 10 pagi dan menemukan seorang bayi berusia dua bulan sedang tidur.

"Hasil soal siasat mendapati wanita terbabit sudah berhenti kerja selepas disahkan hamil. Dia mengaku melakukan perbuatan terlarang dengan lelaki terbabit yang juga jiran sekampung.

"Pasangan ini sudah lama berkenalan dan apabila ditanya, mereka mengaku melakukan hubungan terlarang pada tahun lalu di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan.

Katanya, susulan pengakuan wanita itu, penguat kuasa kemudiannya bergegas ke rumah teman lelakinya tidak jauh dari situ lalu menahannya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang masih bujang dan bekerja sambilan di daerah ini kelihatan terpinga-pinga sebaik melihat penguat kuasa berada di rumahnya.

"Apabila ditanya mengenai wanita tadi, lelaki ini hanya terdiam. Dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu.

"Pada mulanya lelaki itu berkata dia sudah insaf atas perbuatannya dan berjanji akan menjadikan wanita itu sebagai isterinya serta bertanggungjawab terhadap bayi baru dilahirkan.

"Namun apabila ditanya berkali-kali sama ada bersedia untuk bernikah, lelaki terbabit cuba mengelak. Sebelum wanita itu melahirkan anak, lelaki terbabit ada memberitahu berhasrat untuk bernikah.

"Tapi malangnya, sehingga kini niat lelaki terbabit belum tertunai sehinggalah penguat kuasa menerima aduan sebegini.
"Penguat kuasa kemudian menasihatinya supaya segera bernikah semoga memberi gambaran dia lelaki bertanggungjawab atas perbuatan silamnya, serta insaf dan bertaubat," katanya.

Menurutnya, penguat kuasa turut memanggil ibu bapa pasangan supaya mencari jalan penyelesaian terbaik.
"Kedua-duanya pasangan ini akan didakwa mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berzina.

"Seksyen 23 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan jika didapati bersalah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni punya Kes pun ada. Yg Naya anak tu lah. Mak pak nya muda lg dan blh je kawen lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 12:03 PM | Show all posts
kerja tak tetap, dah ada anak, nak sara macamana? silap2 lepas kahwin jadi baran dan belasah isteri dan anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 12:18 PM | Show all posts
memang laki tu tak nak kawin pun kan..
kalau betul dia nak kawin, takde la sampai beranak luar nikah..
nak dipaksa bernikah buat apa..
buat aniaya pompuan je..
dah la beranak luar nikah..
lagi nak tambah masalah dengan laki tak bertanggungjawap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak tu dilahirkan oleh mak pak tak guna. Moga membesar dgn baik dan tak ikut jejak mak pak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu dok asing smpai jainj ke pergi rumah.
Ppuan tu dok ngn sape?parents?x tau ke?
Eh pening la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2026 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 8-4-2026 05:13 PM

Ni taktik bagus paksa kawen tanggung kos hidup anak supaya wanita x tanggung sorang2, jika x mau kawen pi hantar budak ke rumah keluarga lelaki itu suruh jaga, sama2 kongkek jgn biarkan laki bersenang2 tadak tanggung jawab
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali pancut ja ka? Sharp.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama Gen Z lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2026 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 8-4-2026 05:49 PM
Drama Gen Z lagi..

alah zaman gen x pun dah ada benda2 mcm ni

klu tak masakan ada filem dendam dari pusara
ada scene abang Hilal Azman terlanjur padahal dia sorang yg tahu hukum agama (dlm citer tu)
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 01:03 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2026 04:18 AM
memang laki tu tak nak kawin pun kan..
kalau betul dia nak kawin, takde la sampai beranak luar nikah ...

laki tu x nak anak tu.
ni kalau kahwin jahanam la hidup perempuan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 06:24 PM GMT+8 , Processed in 1.662529 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list