CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 0

[Tempatan] Industri automotif Malaysia utamakan pelaburan mampu jana nilai tempatan - MARii

[Copy link]
Post time 7-4-2026 09:21 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Industri automotif Malaysia mengutamakan pelaburan yang mampu menjana nilai tempatan sebenar merangkumi aspek pemindahan teknologi, pembangunan vendor tempatan serta penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Ketua Pegawai Operasi Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Nizmar Mohd Nazar, berkata dalam konteks kenderaan elektrik (EV), kemasukan pelabur global dilihat sebagai perkembangan positif yang selari dengan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab automotif serantau.

"Kemasukan pelabur global adalah perkembangan yang selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif serantau. Namun, seperti ditegaskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), ini bukan sekadar soal pelaburan, ini adalah strategi untuk membina keupayaan industri secara menyeluruh," katanya kepada BH.

Dalam hal ini, beliau menegaskan bahawa peranan MARii sebagai agensi pelaksana menjadi semakin kritikal untuk memacu pembangunan industri.

Katanya, MARii bukan sahaja bertindak sebagai penyokong, malah memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan vendor melalui pelbagai program peningkatan keupayaan.

"MARii bukan sahaja menyokong, tetapi memacu pembangunan vendor melalui program peningkatan keupayaan, automasi, digitalisasi dan integrasi ke dalam rantaian bekalan global," katanya.

Pada masa sama, Malaysia perlu memberi fokus kepada pembangunan rantaian bekalan peringkat pertengahan, termasuk unsur nadir bumi (REE), bahan bateri dan semikonduktor.

Menurutnya langkah itu penting bagi menyokong pembangunan komponen EV bernilai tinggi seperti motor elektrik, sistem pengurusan bateri dan elektronik kenderaan.

"Ini adalah langkah strategik untuk memastikan Malaysia bukan sekadar hab pemasangan, tetapi pencipta nilai dalam industri," katanya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dasar kandungan tempatan dan keperluan operasi seperti 'body shop', cat dan kemasan bukanlah sekatan kepada pelabur, sebaliknya langkah strategik bagi memastikan aktiviti nilai tambah dilaksanakan dalam negara.

"Pendekatan ini memastikan aktiviti nilai tambah berlaku dalam negara dan mengelakkan kebergantungan kepada import," katanya.

Selaras dengan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020), Nizmar berkata, fokus utama kini adalah kepada pembangunan aktiviti bernilai tinggi dalam industri.

Katanya, MARii menyokong agenda itu melalui pembangunan vendor Tier 1 dan Tier 2, pensijilan industri serta pelaksanaan program 'Next Generation Vehicle' (NxGV) dan elektrifikasi.

"MARii turut memacu kesiapsiagaan industri dalam bidang kritikal seperti sistem bateri, elektronik kenderaan dan integrasi digital supaya vendor tempatan mampu bersaing dalam rantaian bekalan global," katanya.

Pada masa sama, pendekatan mengehadkan jualan domestik kepada sekitar 20 peratus serta menggalakkan eksport dilihat selari strategi kerajaan, bertujuan memposisikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan eksport automotif serantau.

Pada masa sama, Nizmar berkata keseimbangan pasaran domestik terus dipelihara bagi melindungi dan memperkukuh pemain tempatan seperti PROTON dan PERODUA.

https://www.bharian.com.my/amp/b ... jana-nilai-tempatan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 2.042407 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list