CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 1

[Tempatan] Lapan Lelaki Indonesia Ditahan Terbabit Penyeludupan Migran Di Pontian

[Copy link]
Post time 4-4-2026 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-4-2026 07:16 PM


Lapan Lelaki Indonesia Ditahan Terbabit Penyeludupan Migran Di Pontian


JOHOR BAHRU, 3 April (Bernama) -- Lapan lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran ditahan menerusi Ops Pintas Bersepadu dan Ops Taring Landai di perairan Kukup, di  Pontian pada Rabu lepas dan semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata tangkapan individu berusia 21 hingga 36 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Kukup.
Beliau berkata dalam operasi pada Rabu kira-kira 8 malam, lima individu ditahan iaitu seorang penjaga rumah penampungan, seorang tekong laut dan tiga migran yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan serta keluar masuk negara melalui laluan tidak sah.

“Tangkapan susulan pada semalam kira-kira 6 petang pula membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki warga Indonesia yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat, tekong laut dan pembantu penjaga rumah penampungan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata operasi tersebut merupakan hasil risikan dan pemantauan selama dua minggu yang tertumpu di kawasan berpotensi menjalankan kegiatan berkenaan termasuk rumah sangkar ikan di perairan Kukup.
Dalam operasi itu, beliau berkata pihaknya turut merampas dua bot berukuran 29 kaki dengan enjin 15 kuasa kuda jenis Yamaha serta tiga telefon bimbit pelbagai jenama bersama kad SIM dengan nilai rampasan sekitar RM50,000.

Beliau berkata ujian saringan air kencing pula mendapati lima yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.
Hadzrat Hussien berkata mereka yang berperanan sebagai tekong darat, tekong laut dan penjaga rumah penampungan ditahan mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala tiga migran ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
Kes turut disiasat mengikut  Seksyen 26A ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2026 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
INDON!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.264829 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list