CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1873|Reply: 8

[Tempatan] 'Seorang anak Daim sudah hubungi SPRM, tiga lagi sedang dikesan - Azam Baki

[Copy link]
Post time 3-4-2026 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-4-2026 11:58 AM





'Seorang anak Daim sudah hubungi SPRM, tiga lagi sedang dikesan - Azam Baki





PUTRAJAYA: Seorang daripada empat anak Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes yang sedang disiasat menerusi Op Godfather.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, bagaimanapun berkata tiga lagi anak kepada bekas Menteri Kewangan itu masih belum dikesan.

Setakat ini, seorang daripadanya baru hubungi kami, (namun) tiga yang lain kita tidak tahu keberadaan mereka.
Kita sudah cuba (mengesan) melalui pihak peguamnya untuk menghubungi ketiga-tiga mereka yang lain supaya hadir secepat mungkin ke pejabat kita," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Ditanya lanjut mengenai siapa anak Daim yang sudah menghubungi SPRM, Azam mengesahkan individu itu ialah Md Wira Dani Abdul Daim.

SPRM sebelum ini dilaporkan berkata, sedang mengesan empat anak Allahyarham Daim bagi membantu siasatan kes dijalankan.

Anak bekas Menteri Kewangan itu ialah Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Daim, susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan SPRM berkaitan pengisytiharan aset.

SPRM berkata, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empatnya tidak berjaya setakat 26 Februari lalu.

Sementara itu, ditanya sama ada SPRM terbabit dalam siasatan dakwaan wujud pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan, Azam menegaskan agensi diterajuinya tidak terbabit dalam siasatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, SPRM sedia membantu jika diperlukan. Saya tidak terbabit (dalam siasatan), SPRM (juga) tidak terbabit dalam siasatan.

Tapi saya beri jaminan kepada Ketua Polis Negara, apa-apa yang diperlukan daripada pihak kami, kami sedia membantu, katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2026 01:24 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:23 AM | Show all posts
kena la contact..
dah bini hp berjahit..
mana mau sorok..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:16 AM | Show all posts
naper x kontek SPRM

berani kerana salah

takut kerana benar

dah macam menantu Abahcow plak

pi luar negara x balik2
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:35 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-4-2026 10:23 AM
kena la contact..
dah bini hp berjahit..
mana mau sorok..

chuols maksudkan w ke yg contact tu.
mcm lama lak tak naik kat feed meols igs bini nya tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:36 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 3-4-2026 11:16 AM
naper x kontek SPRM

berani kerana salah

meols baru nak cakap.
kalau tak salah dan takde apa2 yg melanggar undang2, kenapa tak contact je sprm tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2026 02:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 3-4-2026 02:23 AM
kena la contact..
dah bini hp berjahit..
mana mau sorok..

cemaner nak sorok.. barang baekkkk kena la tunjukkk
mantulll gaytohhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Law of the jungle.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk2 berita seakan2 mcm ni ntah dah berapa kali dah keluar.. masih tak tangkap2 lagi.. ntah bila nak ditangkap pun tak tau la

makin panjang la list org yg walanon2 nak tangkap tapi masih tak tangkap2 lagi sampai sekarang

oh ya.. azam baki tu pun dulu para walanon gila babi punya semangat nak tangkap... elok je azam baki jadi tajuk tred ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.845575 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list