CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2110|Reply: 19

[Tempatan] Kawalan tenaga di bangunan kerajaan, penyaman udara dipasang minimum 24 darjah Celsius - TPM Fadillah

[Copy link]
Post time 2-4-2026 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Kawalan tenaga di bangunan kerajaan, penyaman udara dipasang minimum 24 darjah Celsius - TPM Fadillah
BERNAMA - April 2, 2026 @ 6:58pm


KUALA LUMPUR: Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan termasuk menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius berikutan krisis tenaga global, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata sehubungan itu, penjawat awam digalakkan memakai pakaian lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukan berlebihan.

Beliau berkata langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat.

"Sebagai langkah proaktif dalam menghadapi krisis tenaga global, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional," katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Keputusan dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat krisis tenaga global.

Fadillah berkata Malaysia dalam keadaan terkawal dan bersedia mengambil langkah proaktif bagi mengurus kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang kini menjejaskan bekalan serta harga minyak dunia.

"Kita kini dalam satu fasa yang mencabar dalam landskap ekonomi global. Krisis tenaga global yang sedang berlaku, susulan konflik di Asia Barat telah memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga tenaga di seluruh dunia," katanya.

Beliau berkata gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz, yang menjadi nadi kepada aliran minyak global telah meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta menekan harga minyak ke paras yang tinggi.

Fadillah berkata sebagai sebuah ekonomi terbuka Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis berkenaan.

"Kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya krisis ini berlarutan," katanya.

Beliau berkata kerajaan memahami kebimbangan rakyat terhadap impak krisis itu, justeru pendekatan yang diambil adalah jelas, tersusun serta berfokus kepada keutamaan tertentu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyaman-nyaman adja konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ac kt rumah xpernah kurang dr 26degree

Walaupun tgh hr terik

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la i like..ni sejuk sgt iols x tahan dah pakai jaket pun menggigil beku xleh buat keje dgn smooth.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa nk Aircond ada promosi 50% untuk 6 bulan pertama.. .bgtau akak...pm ya...servis dan mentenen free selama 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 09:40 AM | Show all posts
nampak langkah tu macam kecik n takde apa2..
tapi sebenarnya besar impaknya..
bila dia umum camtu.. rakyat pon akan sama2 fikir untuk jimatkan penggunaan aircon.
Kalau selama ni 1 bilik ofis on 2 aircon.. sekarang bole la pasang satu je..

aku pon kalau tak panas berpeluh.. tak bukak aircon kat rumah.
Kalau bukak pon.. bukan untuk sejuk macam kat hotel berkelubung.. tapi cukup untuk nyaman2 selesa.

kadang orang suka tido berselimut dalam aircon.. mcm kat hotel gitu...  aku lak on aircon mmg untuk sejuk tahap selesa tanpa selimut. haha.. bole menjimatkan tak camtu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2026 10:36 AM | Show all posts
betullah tu, on ac sekadar nyaman sudahla..ni yg set sampai sejuk beku, kau ada darah keturunan  eskimo ke?  pelik bila kjaan umum langkah penjimatan, rakyat sakit ati, semua salah di mata mereka. tapi dia kat rumah berkeriau marah anak bini laki sebab tak tutup kipas/lampu/ac.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:37 AM | Show all posts
Jangan risau Datuk Seri, iols kt ofis pasang ekon 26 degree je..penjimatan..
lagipun iols dgn opismate tak tahan sejuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2026 10:43 AM | Show all posts
ibu_haritz replied at 3-4-2026 10:37 AM
Jangan risau Datuk Seri, iols kt ofis pasang ekon 26 degree je..penjimatan..
lagipun iols dgn opisma ...

tak hangat ke


even 24 tu pun panas2 suam

klu iol 23 suhu yg tahap selesa

tp di ofis ni sokmo 21 - 22




Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:51 AM | Show all posts

agaknya kena tengok horsepower vs office space...maybe ada yg space terlalu besar tp horsepower dia sama mcm ofis yang space kecik. jd 26degree masih rasa hangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:47 AM | Show all posts

Tak hangat..sebab dalam bilik ni kami 2 orang je..Badan pulak tak ada isi
Sedang sedang elok lah 26 tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-4-2026 10:51 AM
agaknya kena tengok horsepower vs office space...maybe ada yg space terlalu besar tp horsepower di ...

Kak bz kerja..baru baca forum...nanti reply pm ya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-4-2026 12:19 PM
Kak bz kerja..baru baca forum...nanti reply pm ya..

Takpe kak..no rushing2...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-4-2026 12:21 PM
Takpe kak..no rushing2...

Bg no phone mudah nk sembang
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-4-2026 12:22 PM
Bg no phone mudah nk sembang

Sy pm sat lg ye kak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-4-2026 12:27 PM
Sy pm sat lg ye kak

Baik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2026 12:38 PM | Show all posts
Tak silap requirement 24C ni bukan dah lama ke?.. atau tak ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 2-4-2026 09:00 PM
Nyaman-nyaman adja konsepnya


harga diesel sudah rm6....tolong tutup ekon....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 04:43 PM | Show all posts

ac sizing tak sesuai dgn area atau uols tak service ac berkala.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
la ada 2 thread yg sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.185832 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list