CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4317|Reply: 21

[Tempatan] Penjawat awam kerja dari rumah 3 hari seminggu, sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan dikecualikan

[Copy link]
Post time 2-4-2026 08:06 PM | Show all posts |Read mode
Penjawat awam kerja dari rumah 3 hari seminggu, sektor keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan dikecualikan
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim - April 2, 2026 @ 7:41pm

Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Pegawai sektor awam di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, selain semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi lapan kilometer dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Dua kriteria itu dinyatakan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz menerusi surat edaran pelaksanaan BDR yang disiarkan hari ini.

Pelaksanaan BDR selama tiga hari dalam seminggu untuk perkhidmatan awam itu susulan konflik Asia Barat itu, berkuat kuasa mulai 15 April ini.

Ia juga berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR4.1.2: Dasar BDR yang memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan BDR.

Pelaksanaan BDR bagaimanapun dikecualikan untuk tiga sektor membabitkan keselamatan dan pertahanan, kesihatan serta pendidikan.

Berdasarkan surat edaran itu, negeri di mana Ahad menjadi hari kelepasan mingguan, BDR ditetapkan Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari.

Untuk negeri di mana hari kelepasan mingguan Jumaat iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu pula, BDR adalah secara sepenuh hari pada Isnin hingga Rabu.

Sepanjang pelaksanaan BDR, tempat bekerja pegawai ialah rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.

Pegawai awam juga perlu menggunakan Sistem Pemantauan Operasi Tugas Secara Elektronik (SPOT-Me) yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.

Malah, mereka perlu mendaftar masuk dalam SPOT-Me setiap satu jam dan ketua jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 09:46 PM | Show all posts
Sekolah x bleh BDR.
Nursery free kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 09:35 AM | Show all posts
BDR je gmbr hiasan mcmni
anak tu hantar jelah pengasuh, sekolah atau bibik jaga mcm biasa
aku pun buat mcmtu zaman PKP dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 09:51 AM | Show all posts
Alhamdulillah kita mmg liat sikit kalau pdpr ni..kehadiran murid rendah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:12 AM | Show all posts
tapi kenapa applicable to mereka yg kerja di KL, Selangor, Putrajaya n ibu2 negeri?
Walhal ramai je yg berulang alik kerja berpuluh kilometer sehala.. bukan di ibu2 negeri.
Laki aku keje gomen.. duduk Shah Alam.. merata la kena transfer sampai ke KL.. Nilai bagai. Now keje kt Nilai. Itu perkara biasa bagi penjawat awam.. transfer ke mana2 jabatan lain. Tapi ni tak applicable pulak utk BDR hanya sebab Nilai bukan ibu negeri.

So sebenarnya apa purpose dia nak benarkan BDR? Sah2 kita terkesan sebab harga minyak kan.. semua orang nak kurangkan penggunaan bahan api. So logically yang keje jauh layak dapat BDR tak kira kat ceruk kampung mana pon. Bukan semua pejabat kat ibu negeri aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:26 AM | Show all posts
talapia replied at 3-4-2026 10:12 AM
tapi kenapa applicable to mereka yg kerja di KL, Selangor, Putrajaya n ibu2 negeri?
Walhal ramai je  ...

mungkin sbb ceruk kg tu tak berapa jem.mcm aku, kerja kat ibu negeri,  44km sehala. hari cuti, luar waktu puncak dlm 40 minit sampai.
hari2 pg kerja mau dkt 2 jam jdnya, kdg2 lebih.

syarat2 semua cukup nak BDR ni, tp KM tak bg. Kerja saja la mcm biasa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2026 10:33 AM | Show all posts
fish replied at 3-4-2026 10:26 AM
mungkin sbb ceruk kg tu tak berapa jem.mcm aku, kerja kat ibu negeri,  44km sehala. hari cuti, lua ...

so kalau tak berapa jem, jimat sangatlah minyak kalau dah travel berpuluh kilometer..
entahla..
ini masih ada subsidi.. itupon dah dikurangkan.. memang sah2 200L tu tak cukup untuk sebulan..
kenala naik motor sejam lebih sehala. Itu mujur jugak ada motor.. Kalau tak.. tadah ajela bayar Ron95 harga tanpa subsidi.
Bole je nak benarkan BDR.. tengokla keje mcm mana.. mmg ada kerja yg bole BDR.. ada yg tak sesuai.

Mcm laki aku keje bole pakai laptop.. meeting online.. apa masalhnya.. bole je BDR tanpa mengganggu tugasan. Bukan kene jaga anak pon macam masa PKP dulu.
whereas aku tak sesuai BDR.. or hybrid. Sejenis kerja dengan PC besar gedabak. Tapi jarak 20km je.. masih affordable la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 10:56 AM | Show all posts
talapia replied at 3-4-2026 10:33 AM
so kalau tak berapa jem, jimat sangatlah minyak kalau dah travel berpuluh kilometer..
entahla..
i ...

kdg management ni tak caya org bwh...pdhal org bwh buat keje nak rak and time luar ofis hour pun masih mengadap laptop buat keje. takleh claim OT lak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2026 11:26 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 3-4-2026 11:37 AM
fish replied at 3-4-2026 10:26 AM
mungkin sbb ceruk kg tu tak berapa jem.mcm aku, kerja kat ibu negeri,  44km sehala. hari cuti, lua ...

ya btol..

kat KL

nak balik dari opis ke umah 15 km

tapi jem

pegi 45 minit

balik 1 jam lebih

akibat jem

fuel consumption tinggi walaupun km pendek
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:27 AM | Show all posts
Kerajaan nak jimatkan pembayaran subsidi minyak je tu.. tapi since dia juga jimatkan perbelanjaan penjawat so win-win la untuk gomen & penjawat awam.  Malah gomen untung bukan je dari pengurangan subsidi minyak, tapi jimat letrik & air etc.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la tu gomen jimat utility dan korang jimat petrol tapi utility pakai rumah korang punya byr sendiri lagi musim panas pakai ekon
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:36 AM | Show all posts
rikiruj replied at 3-4-2026 11:27 AM
Kerajaan nak jimatkan pembayaran subsidi minyak je tu.. tapi since dia juga jimatkan perbelanjaan pe ...

setuju.
sbb tu terus buat BDR 3 hari, bkn kerja gilir2.
kiranya 3 hari tu elektrik, air, cut off terus.
kalau kerja gilir2 kena jg buka mcm biasa, org je kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:39 AM | Show all posts

belum kira pg mana2 pun ada tol sana sini lg. Untung kalau parking free, kdg2 kat office sendiri pun kena byr.mcm aku dulu, parking RM200+ sbln, tp boleh claim max RM90 saja.


byk untung yg luar bandar ni.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:42 AM | Show all posts
ninja boy replied at 3-4-2026 11:35 AM
Betul la tu gomen jimat utility dan korang jimat petrol tapi utility pakai rumah korang punya byr se ...

kan... last2 bajet petrol tu btukar jd bajet bil eletrik & internet rmh pulak.
cuma jimat masa & tenaga saja la kalau BDR ni. Duit tak sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 11:46 AM | Show all posts
fish replied at 3-4-2026 11:42 AM
kan... last2 bajet petrol tu btukar jd bajet bil eletrik & internet rmh pulak.
cuma jimat masa & t ...

mcm iols bil tenet sama je sbb byk fixed bulan2 unifi. cuma electricity la kena byr lebih tp siang x penah on ekon sbb buka tingkap ada pengudaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 12:36 PM | Show all posts
fish replied at 3-4-2026 11:42 AM
kan... last2 bajet petrol tu btukar jd bajet bil eletrik & internet rmh pulak.
cuma jimat masa & t ...

Betul tu.. tapi pertambahan bil letrik mungkin tak sebanyak bayo petrol rasanya, unless bantai pasang aircond satu rumah la.. internet pulak biasa memang bayo same fixed package, cuma takut TM tetiba increase price la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2026 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 3-4-2026 10:12 AM
tapi kenapa applicable to mereka yg kerja di KL, Selangor, Putrajaya n ibu2 negeri?
Walhal ramai je  ...

Kwn iols jbtn kt ibu negeri....ckp syarat...tp ketua jbtn x benarkn BDR sbb staff x ramai...x nk pjbt kosong
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 02:34 PM | Show all posts
primarikey replied at 3-4-2026 01:31 PM
Kwn iols jbtn kt ibu negeri....ckp syarat...tp ketua jbtn x benarkn BDR sbb staff x ramai...x nk p ...

tertakluk kebenaran ketua jabatan jugak la ek...
alahai.. sekarang ok lagi la.. masih tak rasa sangat. sbb masih ada subsidi..
kalau nanti dh takde subsidi , kalau tak bole BDR.. bole claim kt sape2 ke? tak adil la ada yg bole BDR ada yg tak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 03:29 PM | Show all posts
fish replied at 3-4-2026 11:39 AM
belum kira pg mana2 pun ada tol sana sini lg. Untung kalau parking free, kdg2 kat office sendiri p ...

ya btol..

kos harian kat KL tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 03:53 PM | Show all posts
We never know apa yg akan berlaku selepas Mei utk stok minyak spt yg Petronas cakap jamin cukup sehingga Mei...
Mcm mana nak cope dgn kehidupan menggunakan kenderaan bila nanti minyak terpaksa dijual lebih mahal dari biasa?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2026 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053646 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list