CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 2579|Reply: 20

MCMC Siasat 5 Individu Sebar Berita Palsu Harga Minyak di Threads

[Copy link]
Post time 2-4-2026 05:21 PM | Show all posts |Read mode





Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap penyebaran maklumat palsu berkaitan kenaikan harga petrol dan diesel yang tular di platform media sosial, Threads.

Dalam kenyataannya hari ini, MCMC memaklumkan lima individu dikenal pasti terlibat dengan tiga daripadanya sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Menurut MCMC, kandungan yang disebarkan didapati palsu, mengelirukan serta berpotensi mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pengguna.

“Hasil semakan lanjut, pihak Buletin TV3 sudah mengeluarkan penafian terhadap penerbitan kandungan yang disunting menggunakan identiti visual mereka.

“Susulan itu, pihak MCMC juga sudah menerima aduan daripada Buletin TV3 bahawa kandungan palsu yang tular itu adalah bukan daripada mereka dan dilakukan oleh pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial yang bertujuan mengelirukan orang ramai melalui penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.

Orang ramai turut diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta ketenteraman awam.

Baru-baru ini, Buletin TV3 menafikan penglibatan dalam penyebaran maklumat harga minyak yang tular menggunakan logo dan identiti visualnya, sambil menegaskan kandungan berkenaan dihasilkan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Sumber : Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xdo kojo carik kojo... dah tercucuk mato... merabo rabo
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 05:37 PM | Show all posts
Aciks Cari semua ok...berhemah tak sebar berita pelesu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 05:44 PM | Show all posts
Seperti ini lah Jika Anti kerajaan. Ada yang maukan PAS memerintah negara. Tak tau ada apa yang ada dalam kepala otak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Attention @kakikudibibirmu


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 08:39 AM | Show all posts
gigih siap edit TV3 sebab nak bg nampak betul.. elok laa bagi hukuman maksimum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2026 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak faham apa keseronokan yang dorang ni dapat. Gigih pulak tu buat info grafik bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2026 08:53 AM | Show all posts
seluruh dunia harga minyak naik banyak

tapi rekyat Mesia nak gov menten harga rendah mcm dulu

bodo ke..

sabsidi tu dari kantung duit rakyat gak

kalo bagi sabsidi terlalu banyak kat minyak

macamana :

- nak baiki n bangunkan infrastruktur negara (cth jambatan tetiba runtuh kat sebuah kampung di Klate - trus gov bagi fund)

- nak menten bayar kenaikan gaji kakitangan awam

- nak menten ISARA

- bagi diskaun tol masa perayaan

- bagi free student B40 blajaq kat IPT

- hospital gomen yg murah
DAH TUA PON BODOH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2026 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 2-4-2026 05:58 PM
Attention @kakikudibibirmu

Harga minyak naik lagi, kenapa tak puji kerajaan?

Salam RM7 seliter.



https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kerajaan-terus-kekalkan-harga-bersubsidi-susulan-ketidaktentuan-pasaran-minyak-global
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-4-2026 10:19 PM
Harga minyak naik lagi, kenapa tak puji kerajaan?

Salam RM7 seliter.

Salam harga barang naik. Tenkiu gomen madani. I lebiu. Muahhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 02:24 PM | Show all posts
padan muka ko babi
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 02:49 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 9-4-2026 02:52 PM

kata lah..

25 Mac - Mesia berjaya beli crude oil dari Iraq harga USD110 @ USDRM rate RM4.00

antara 27 Mac - 30 Mac : loading crude oil tu kat tanker

freight rate kata lah USD50

2 Apr tanker tu berjaya lepasi Selat Hormuz

12 Apr tanker tu sampai kat refinery di Pengerang

loading ke refinery 3 hari (12 - 15 Apr)

kos refine kat Pengerang kata lah USD15   

20 Apr settle refine

21 Apr lori tangki start distribute petrol & diesel kestesen2 minyak seluruh Malaysia

kos satu lori tanker RM2,500

22 Apr harga crude oil dunia USD95 @ USDRM Rate RM3.95

SOALAN AKU

- apakah harga tanpa sabsidi utk petrol & diesel di stesyen minyak Mesia pada 22 Apr?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2026 02:50 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-4-2026 12:55 PM
Salam harga barang naik. Tenkiu gomen madani. I lebiu. Muahhhhh

kalo la ni Pee End perintah Mesia

dan Selat Hormuz tutup akibat Perang U.S/ Israel vs Iran

adakah harga barang menten atau turun atau naik?  


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 12:58 AM | Show all posts
Walaun lah ni..geng papagemok..chegubadak berendam. Dpt upah ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Radzor at 10-4-2026 08:11 AM

2008
~147 usd peak
○ Kali pertama dalam sejarah moden harga melepasi USD100
○Memuncak sekitar USD140+ sebelum jatuh (krisis kewangan global)
malaysia ~
⛽️ (RON97): ~RM2.70
○ Diesel: ~RM2.58 – RM2.60

2011 – 2014
~125–128 usd peak
○ Tempoh panjang harga kekal atas USD100
○ Dipacu oleh konflik Timur Tengah dan permintaan tinggi global
malaysia:
????️ RON95: ~RM1.90 → RM2.30
????️ Diesel: ~RM1.80 → RM2.00+

2022
~130–139 USD peak
???? Naik semula melepasi USD100
???? Disebabkan perang Russia-Ukraine War dan gangguan bekalan tenaga.
malaysia:
⛽ RON95: RM2.05 (ceiling)
⛽ RON97: ~RM3.70 – RM4.80
????️ Diesel: RM2.15 (ceiling)
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 10:52 AM | Show all posts
Radzor replied at 10-4-2026 08:09 AM
2008
~147 usd peak
○ Kali pertama dalam sejarah moden harga melepasi USD100

harga petrol & diesel yg Malaysia beli guna USD

kena convert kpd RM

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2026 10:58 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-4-2026 10:52 AM
harga petrol & diesel yg Malaysia beli guna USD

kena convert kpd RM

USDRM Rate

2008 : RM3.334

2011 – 2014  : RM3.059 - RM3.272

Nov 2022 : RM4.50

Mac/ Apr 2026 : RM4.00
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2026 11:12 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 10-4-2026 10:52 AM
harga petrol & diesel yg Malaysia beli guna USD

kena convert kpd RM

Bijan
takeover Mesia   2007/ 2008 : RM3.43/ 3.33

handover Mesia  2017/ 2018 : RM4.30/ 4.03  -> skandal IMDB

nilai RM jatuh RM0.67

DSAI

takeover Mesia 24 Nov 2022 : RM4.578

Mac/ Apr 2026 Mac/ Apr : RM4.00

nilai RM naik RM0.578

andaikata

Bijan bole menten rate RM3.33

dan PM seterusnya Ton M, Abahcow & Pak Mail bole menten RM3.33

dan kmdian PMX naikkan nilai RM sebanyak RM0.578

maka hari ni

rate RM : 3.33 - 0.578 = RM2.752

maka

hari ni harga BUDI95 mungkin RM1.353






















Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2026 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-4-2026 12:55 PM
Salam harga barang naik. Tenkiu gomen madani. I lebiu. Muahhhhh

Harga minyak naik lagi, kenapa tak puji kerajaan?

Salam RM6 seliter.



https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/harga-petroleum-29042026
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2026 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-4-2026 12:55 PM
Salam harga barang naik. Tenkiu gomen madani. I lebiu. Muahhhhh

Harga minyak naik lagi, kenapa tak puji kerajaan?

Salam RM6 seliter.



https://mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/harga-petroleum-0605026
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.591816 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list