CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4572|Reply: 29

[Tempatan] Rumah Hangus Dijilat Api, Tapi Beg Jenama Christy Ng Tak Terbakar Pula – “Memang Kebal”

[Copy link]
Post time 2-4-2026 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-4-2026 07:08 PM



Rumah Hangus Dijilat Api, Tapi Beg Jenama Christy Ng Tak Terbakar Pula – “Memang Kebal”

Wow, memang berkualiti beg Christy Ng ni!



Biarpun ditimpa musibah besar, sebuah keluarga mencuri perhatian netizen apabila dilihat begitu tenang dan santai selepas rumah mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran dipercayai akibat litar pintas



Menerusi sebuah video di TikTok yang kini tular dengan 4.3 juta tontonan, keluarga tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi panik atau kesedihan melampau.

Sebaliknya, mereka dilihat mampu bergelak ketawa ketika memeriksa sisa kebakaran di tapak rumah mereka yang hangus sepenuhnya.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila mereka menemui wang tunai RM30 yang masih elok di dalam sebuah beg yang terselamat daripada kebakaran terbabit.
Lebih menarik, situasi tersebut turut mendapat perhatian pemilik jenama beg tempatan terkenal, Christy Ng, yang tampil meninggalkan komen di video berkenaan
Dalam respon tersebut, beliau meminta pemilik video untuk menghubunginya, dipercayai sebagai tanda prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan serta diberikan kekuatan untuk bangkit semula.

Dalam masa sama, ramai terpegun dengan ketahanan beg jenama berkenaan yang masih berada dalam keadaan baik walaupun berada dalam situasi kebakaran yang dahsyat.

Ada yang berseloroh menyifatkan beg itu sebagai 'kebal' manakala ada juga menganggap ia sebagai bukti kualiti produk tempatan yang tidak boleh dipandang rendah.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 11:00 AM | Show all posts
ingat tag saja2?



kan mendapat perhatian dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2026 11:05 AM | Show all posts
Jadi lain kali Jangan terlalu taksub jika sesatu benda itu tidak terbakar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Beg tu material apa ye, agaknya material tahan lasak dari api. Meols penah beli carlo rino dari bag pack, wallet, kasut, semua kulit jenis menggelupas, pakai kejap je pun. Sekarang guna beg murah2 rm20 memang tahan elok smpai sekarang, buat guna pakai hari2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 11:17 AM | Show all posts
yang jenis ni material dia mcm kain woven canvas tu...mcm kain guni...mcm mana boleh tahan api...ke lokasi bag tu jauh sikit dari api marak so terbakar sikit2 je..handbag ni bg iols kalau bukan sbb terbakar yg elok leather...faux leather & pvc pon lepas beberapa tahun boleh menggelupas..leather ni bertahun pon plg kuat kalo xpakai dia jd berkulat je..tupon boleh dilap begitu sajer..kalau pandai jaga lg lama lagi cantik...tp xdalah tahan lasak & tahan api
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 11:18 AM | Show all posts
kalau pure leather mmg kalis api kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2026 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi tengok video Christy ckp nak bg something dkt girl tu.. Duit dari hasil potong gaji team bengap dia
Ok la terubat sikit sedih dek kebakaran tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 01:08 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-4-2026 01:32 AM
Blu3butter replied at 2-4-2026 12:30 AM
Tadi tengok video Christy ckp nak bg something dkt girl tu.. Duit dari hasil potong gaji team bengap ...
Tadi tengok video Christy ckp nak bg something dkt girl tu.. Duit dari hasil potong gaji team bengap dia
Ok la terubat sikit sedih dek kebakaran tu

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.


Pasal potong gaji tu Christy bercanda je dengan team dia.


Semoga dipermudah urusan semua pihak yang terlibat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada sandal platform CN ni beli sale harga dia drop smpai rm9. Iols beli dan terima saja kemungkinan yg bkal berlaku,so sandal tu putus talinya. Maybe dorg clearkan stock yg bertahun lama sbb tu tali tu x kuat. Uols rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 01:42 PM | Show all posts
Terbakar jer pun beg tu. Mungkin abam bomba sempat siram kawasan tu.
Kalau biar lama sikit, kompem hangus sama macam barang-barang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 2-4-2026 01:08 PM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.



Ya faham... Mmg team diarg ni gila2 sama naik dgn bosnya. Aiol selalu layan video diarg sbb best tgk sambil kerja sambil bercanda tp still respect tetap ada

Tgk rumah tu mmg terbakar habis. Mmg kesian sbb bkn mudah tu nak bina balik. Dah le risiko brg makin tinggi nnt
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-4-2026 08:45 AM
supernaturalee replied at 1-4-2026 11:00 PM
ingat tag saja2?



Posting ni ada QR & nombor akaun bank mangsa kebakaran.


Setiausaha politik Perdana Menteri, Dato' Ahmad Farhan Fauzi akan memanjangkan perkara ini ke pengetahuan PM agar bantuan untuk bina rumah baharu dapat disegerakan.


Oh ya, titi gantung runtuh di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai yang PM janji nak bina jambatan baharu dah siap.


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 03:00 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 2-4-2026 02:10 PM
Posting ni ada QR & nombor akaun bank mangsa kebakaran.

video icu tu nmpk sungai jernih betul

area ni dekat kawasan berbukit kot ye



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-4-2026 05:13 AM
supernaturalee replied at 2-4-2026 03:00 AM
video icu tu nmpk sungai jernih betul

area ni dekat kawasan berbukit kot ye

Air sungai jernih kalau tiada aktiviti pembalakan di hulu sungai.


Atas arahan PM, jambatan steel ni berjaya disiapkan dalam masa 6 minggu.


Aku nak gelak laporan berita TV3 ni, 3 abad (300 tahun) katanya oenduduk tunggu jambatan baharu. Memang teruk kualiti kerja petugas media sekarang.


Ia dinamakan Jambatan Wan Jamilah sempena nama pengantin yang melangsungkan perkahwinan pada hari kejadian titi gantung runtuh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 04:57 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 2-4-2026 04:45 PM
Air sungai jernih kalau tiada aktiviti pembalakan di hulu sungai.

ala sweetnya nama jambatan after the newlywed nyer accident kt situ

confirm akn dikenang smpi bila2




Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 05:10 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-4-2026 05:14 AM
supernaturalee replied at 2-4-2026 04:57 AM
ala sweetnya nama jambatan after the newlywed nyer accident kt situ

confirm akn dikenang smpi bil ...

Memang sweet.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2026 06:29 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 1-4-2026 07:06 PM
Beg tu material apa ye, agaknya material tahan lasak dari api. Meols penah beli carlo rino dari bag  ...

Biasanya dari canvas
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
makin kaya la CN pasni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bertahun pakai beg canvas dia ni, walaupun tak suka dia. Beli kat Popular dulu. Tahan oi. Dah 3 tahun, masih utuh, helok.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 2-4-2026 11:06 AM
Beg tu material apa ye, agaknya material tahan lasak dari api. Meols penah beli carlo rino dari bag  ...

Sama dgn iols kitanya beli kt butik international mengelupas kulit pastu buat email complaint teruih ganti baru
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-7-2026 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.119867 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list