Edited by YgBenar at 2-4-2026 12:18 PM
Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan seorang wanita mengamuk apabila keretanya kena ‘block’ oleh Perodua Ativa yang ‘double park’. Difahamkan, ketika itu dia telah menunggu lebih satu jam namun, pemandu Perodua Ativa tidak juga kelihatan.
Pemilik kereta Perodua Ativa buat laporan polis, Ayu mohon maafMarah dengan keadaan tersebut, wanita terbabit telah menghentak 4 penjuru kereta sehingga menyebabkan kerosakan.
Seorang wanita tampil membuat permohonan maaf kepada pemilik kenderaan yang parkir ‘double park’ terlalu lama di hadapan keretanya.
Kejadian itu berlaku di parkir di kwasan Wangsa Maju. Wanita tersebut akui dia tidak dapat mengawal emosinya dan telah mengetuk kereta tersebut dengan pembuka nat kereta.
Dia juga memohon maaf kerana memviralkan no pendaftaran kereta tersebut. Ini kerana menurutnya, pemilik kenderaan tersebut seorang tokoh ternama dan itu telah mencalarkan reputasi dia dan isterinya
“Disebabkan Encik Mohamad seorang yang dikenali dan memiliki perniagaan, sedikit sebanyak video itu telah merosakkan namanya, dan mencalarkan reputasi isterinya,” tegas wanita itu
Selain itu, wanita tersebut juga meminta maaf kerana menyebut lelaki tersebut warga Pakistan, sebenarnya di adalah warganegara Mesir.
Sebelum ini viral video di mana seorang wanita terperangkap di dalam parkir kerana sebuah kereta yang ‘double park’ menghalang kenderaannya.
Wabita itu mendakawa pemandu tersebut tidak meninggalkan sebarang nombor telefon untuk dihubungi. Kemudian pergi meninggalkan kenderaannya sangat lama.
Dalam video berasingan, terdapat beberapa orang awam yang membantu mengalihkan kereta tersebut.Difahamkan, pemandu kereta itu kecewa dengan tindakan wanita itu dan meminta wanita itu membuat permohonan maaf terbuka.Wanita itu juga menambah bahawa dia menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di masa akan datang.
|