CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2004|Reply: 9

[Tempatan] Ops Ulat Foto KLCC: 25 Ditangkap, Tiga Gagal Dikesan Maklumat di JPN

[Copy link]
Post time 31-3-2026 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-3-2026 09:30 AM

25 individu dipercayai ‘ulat foto’ ditahan di KLCC
AHMAD ISMADI ISMAIL
31 Mac 2026 04:15pm


KUALA LUMPUR - Seramai 25 individu termasuk seorang wanita dipercayai ‘ulat foto’ ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya menahan 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warga Filipina berusia 16 hingga 48 tahun dalam operasi bermula jam 10 malam.

"Kesemua individu direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Selasa.

Sazalee berkata, pihaknya melaksanakan operasi membanteras kegiatan ‘ulat foto’, iaitu individu yang mendesak pelancong mengambil gambar dan mengenakan bayaran dalam jumlah tertentu.

"Mereka yang ditahan dipercayai tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjadikan aktiviti mengambil gambar pelancong sebagai sumber pendapatan.

"Mereka disyaki bergerak secara berkumpulan, tetapi tiada ketua dan setiap individu menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menarik pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat individu dalam tangkapan terdahulu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari.

Semakan dilakukan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati kad pengenalan itu tidak sepadan dengan cap jari pemegangnya, sekali gus menunjukkan mereka bukan warganegara.

Bagi tangkapan terbaharu, semakan lanjut masih dijalankan dengan kerjasama pihak JPN kerana kita meragui ketulenan dokumen pengenalan diri milik semua suspek, katanya.

Sazalee berkata, pihak polis akan meneruskan operasi serta pemantauan di kawasan tumpuan pelancong bagi membanteras kegiatan berkenaan.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi secara berterusan bagi memastikan kawasan tumpuan pelancong kekal selamat dan bebas daripada kegiatan jenayah.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan termasuklah kegiatan ulat foto sebegini,” katanya.

Terdahulu, polis menahan 18 individu susulan laporan seorang lelaki tempatan dan pelancong warga India dipukul sekumpulan lelaki di sekitar KLCC pada 22 Mac lalu.

Mengulas perkara itu, Sazalee berkata, hasil siasatan terhadap tangkapan terdahulu, dua individu dikenal pasti mempunyai pembabitan langsung dalam kes serangan dan telah dituduh di mahkamah.

Dua individu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan masing-masing dibenarkan ikat jamin RM3,000, katanya.
Beliau berkata, siasatan turut mendapati tiga lagi individu menggunakan kad pengenalan meragukan yang tidak sepadan dengan cap jari.

Tiga individu didapati tidak mempunyai dokumen sah dan menggunakan kad pengenalan yang tidak terkesan dalam rekod JPN.
Mereka telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2026 12:04 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-3-2026 08:05 AM



Tiga lagi ulat foto serang individu di KLCC didakwa esok
]Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Tiga daripada lima jurugambar tidak berlesen atau "ulat foto" yang disyaki terlibat dalam kes menyerang dua individu di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC) pada 22 Mac lepas akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam dalam kenyataan hari ini memaklumkan mereka akan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sebagai warganegara Malaysia.

Beliau berkata dua lagi suspek kes serangan itu sudah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 149 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pada 10.20 malam 22 Mac lepas, kelima-lima individu ditahan di pekarangan KLCC di Jalan Ampang bagi membantu siasatan kes sekumpulan ulat foto menyerang dua individu di kawasan Persiaran KLCC.

Kekecohan dipercayai bermula apabila mangsa melihat dan menghampiri sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi terbabit sedang memukul seorang pelancong lelaki warga India.

Bagaimanapun, mangsa yang bertindak menghampiri kumpulan berkenaan untuk menegur dan meleraikan pergaduhan itu telah diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2026 12:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2026 01:42 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-3-2026 09:46 AM

Ini pula kes kanak kanak pukul kucing baru berlaku......


https://www.facebook.com/reel/946747474493805/?fs=e&fs=e


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2026 01:58 PM | Show all posts
padan muka ko babi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2026 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
warga tempatan semenanjung ke...warga tempatan 'projek ic'???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2026 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 1-4-2026 01:42 AM
Ini pula kes kanak kanak pukul kucing baru berlaku......



Tunggu masa jadi psychopath kalau kecik2 taknak mampos.


Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tu baru check berapa orang je. pun dah ada yg ic fake.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2026 11:25 AM | Show all posts
yela tu

2-3 hari nanti back to square one ler
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
teruknya negara ku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041599 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list