CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4755|Reply: 28

[Tempatan] Penganjuran "Tidur Lambak" Perlu Diperhalusi, Wajar Rujuk Pihak Berautoriti - Jabatan Mufti Perak

[Copy link]
Post time 28-3-2026 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-3-2026 09:34 PM






Jabatan Mufti Negeri Perak menasihatkan agar pelaksanaan acara "Tidur Lambak" iaitu tidur beramai-ramai secara santai diperhalusi semula dan pihak penganjur wajar merujuk kepada pihak berautoriti terlebih dahulu sebelum penganjuran berlangsung.

Menerusi kenyataan hari ini, jabatan berkenaan memaklumkan Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri juga wajar dirujuk supaya matlamat sesuatu acara itu tercapai dengan jayanya menerusi aktiviti mematuhi syarak serta mengangkat nilai kemuliaan manusiawi.

"Beraktiviti atau berekreasi bagi menyegarkan ingatan serta bernostalgia tidaklah ditegah secara mutlak, namun perlu akur dan tunduk kepada panduan syarak yang memandu kehidupan manusia agar terselamat di dunia dan akhirat," menurut kenyataan itu yang dimuat naik menerusi laman Facebook jabatan berkenaan.

Jabatan Mufti Negeri Perak memaklumkan acara yang diilhamkan daripada pengalaman atau budaya unik masyarakat Malaysia itu antara lain mengetengahkan suasana semasa balik kampung dan semua orang tidur beramai-ramai dalam satu ruang.

Menurut kenyataan itu, difahamkan acara yang akan diadakan di bandar raya ini pada semalam (27 Mac) dan hari ini (28 Mac) bermatlamat menghidupkan semula pengalaman budaya lama yang disegarkan semula dengan konsep moden, di samping menggalakkan hubungan sosial serta membuka pengalaman kepada individu yang tidak pernah mengalami suasana dan budaya sedemikian.

-“Jabatan ini secara dasarnya tidak membantah secara keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dirangka namun berpandangan bahawa acara sedemikian perlu kepada penelitian yang saksama dengan merujuk kepada elemen syarak dan adat Melayu agar pelaksanaannya tidak mengundang fitnah terhadap agama Islam.

"Implementasi syarak dalam seluruh dimensi kehidupan bermatlamat untuk kemaslahatan manusia sendiri dan hal ini tercakup juga dalam sebarang penganjuran acara dan program yang melibatkan individu dan keluarga Muslim khususnya dan masyarakat amnya," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan bukan tujuan beragama untuk menyempitkan wewenang kehidupan seseorang dan memutuskan hubungan sosial sesama manusia, namun ia sebagai penyelamat kepada diri manusia itu sendiri daripada kehinaan dan kerosakan nilai harga diri manusiawi.

Menurut kenyataan itu, acara selama dua malam yang bukan hanya berkonsepkan kemeriahan tetapi ketenangan dan nostalgia, diserikan dengan gabungan bunyi serta artistik yang boleh mengundang kedamaian untuk beristirehat, secara asasnya tidak mendatangkan jurang pertikaian.


https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2538420

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2026 01:43 PM | Show all posts
Tidur di dataran Merdeka? Stadium Merdeka? KLCC park?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2026 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.thetapirstudio.com/tidur-lambak-lingkaran-2026





tengok dlm gambar mcm ada vibe kultus je ni

tu apesal kepala kat kaki dgn punggung orang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2026 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pebenda ni? Ni gen z ke yg anjurkan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2026 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Campur laki pompuan ke??? Mana nk amik 'borang,daftar'???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2026 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kongk*k lambak?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2026 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-3-2026 06:22 PM
Kongk*k lambak?



Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2026 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 28-3-2026 03:24 PM
Campur laki pompuan ke??? Mana nk amik 'borang,daftar'???

Hang nak join ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2026 11:23 AM | Show all posts
Apa manfaat program ni?. Makin pelik.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2026 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa faedah la program2 ni dlm keadaan dunia kacau bilau skrg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2026 12:44 PM | Show all posts
amboi kalo tido kat arafah sampai  sanggup bayar pakej mahal2 tanak berimpit mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2026 09:06 AM | Show all posts
makin bangang je benda2 ni semua
pasni apa
lancap lambak lak ke
sial
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2026 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Menghayati ertihidup sebagai haiwan kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2026 10:53 AM | Show all posts
ape ke heynye la demer buat program gini.. tak pekdah..ehh nak tido lambak pulak..balik kg pun tak sior teman nak tidor reramei..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2026 07:45 AM | Show all posts
Mcm ni la permulaan sex cult.

Anyhoo, taksub dgn ahli politik dan celebrity sampai ko nak defend mati2an pun satu cult gak

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2026 08:24 AM | Show all posts
sorry iols nk off topic skit.. smlm terbaca kat thread.. pasal tidur lambak ni laa.. tapi 6 tahun lepas.. sbb covid.. those yg +ve covid kan kene angkut pegi prcc can kat MAEPS.. ade yg kat hotel.. kat parking lot..tu ramai yg mengimbau kenangan tidur lambak ni.. dengan tagline rindu boleh.. kembali jangan...

yg tido lambak yg gini iols x paham la... xde sensitivity ke... ni mesti gen z ni... opsss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2026 09:01 AM | Show all posts
jenis jilaker ..padahal boleh je gi masjid sri petaling qiamullai atau join 40 hari tabligh

dasar meleis wabak liberal bodo takleh ajar
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2026 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsep asal tido lambak kat kampung2 tu asingkan jantina yachh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2026 04:55 PM | Show all posts
julliot123 replied at 31-3-2026 07:43 AM
Konsep asal tido lambak kat kampung2 tu asingkan jantina yachh

kalo kat kampung tu mostly adik beradik sepupu sepapat 1st kezen sharing the same grandparents

bukan la di campo2 satu kampung, satu daerah, satu negeri, satu negara under satu kelambu


kut camni, baik kome buat pot luck besar2an saje, dah makan, kemas2 seprah sendiri, buang sampah dan balik.. tapayah sambung2 bentang tilam kelambu bagai.. bentang sejadah taper

ayoyo amakkk apakk sapa punya idea?



Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2026 05:05 PM | Show all posts
inspirasi dari konoha pulau jawa...dah penah buat kat jakarta dlu kan. tah apa2 yg bukan2 tu semua nk bawak sini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.436915 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list