Tiga pegawai kanan TDM terima kenaikan pangkat
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil[email protected]

TIGA pegawai kanan TDM dinaikkan pangkat dalam satu upacara pemakaian pangkat di pejabat Panglima Tentera Darat di Kuala Lumpur, semalam. FOTO ihsan TDM.
Kuala Lumpur: Tiga pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) dinaikkan pangkat dalam satu majlis di pejabat Panglima Tentera Darat, di sini, semalam.
TDM berkata, upacara pemakaian pangkat disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman.
"Brigediar Jeneral Datuk Mohd Rafi Muhammad dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf G3/G7, Markas Tentera Darat.
"Kolonel Abdul Razak Haron dinaikkan ke Brigedier Jeneral dan menjawat jawatan sebagai Panglima Briged Kelima Infantri.
"Manakala Leftenan Kolonel Maslina Abu Said dinaikkan pangkat Kolonel dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Siasatan Jenayah, Cawangan Siasatan Jenayah, Bahagian Provos Marsyal TDM," kata TDM dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
TDM berkata,kenaikan pangkat itu mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan angkatan terhadap kewibawaan serta komitmen mereka kepada perkhidmatan.
Disiarkan pada: Mac 26, 2026 @ 4:49pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/03/1337884/tiga-pegawai-kanan-tdm-terima-kenaikan-pangkat
|