Post time 5-4-2026 06:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
gigahertz replied at 5-4-2026 04:48 PM
Bayangkan kalau takde 2/3 , mati la.
Nk dpt simple majoriti pun blom tentu, x payah mimpi lah 2/3 tu.... Yg pasti pasca PRU pihak yg paling beruntung dan jadi king maker tetap blok Borneo.....
Post time 5-4-2026 08:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kemaruk replied at 5-4-2026 07:25 PM
Pemenang nya kelak sabah sarawak
Manakala di semenanjung individu2 yang menang je dapat laba cont ...
kalau nak ikut kan. . malaysia ni terdiri dari sabah sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu. semenanjung tu istilah geografi. lama entiti Persekutuan Tanah Melayu ni wujud sejak merdeka 1957. 6 tahun kemudian 1963 baru sabah sarawak merdeka dan bergabung.
Author|Post time 5-4-2026 09:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Radzor replied at 5-4-2026 08:51 PM
petrol sabsidi ikut liter. diesel sabsidi cash bulanan. sabah sarawak harga lain walaupun roadtax pu ...
Sepatutnya hapuskan subsidi secara total. jadi pengeluar, penjual tak boleh sesuka hati naikkan harga barang/perkhidmatan setiap kali harga minyak naik. Amat mustahil peniaga/pengeluar ni akan turun kan harga bila harga minyak mula turun. Rakyat pun akan lebih berhemat gunakan bahan api dan rakyat asing pun tak dapat nikmati subsidi bahan api.
Sekarang masa terbaik untuk buat. Kurangkan liter budi kena maki, hapuskan subsidi pun kena maki. Takda beza. Baik buat sekarang
Post time 6-4-2026 12:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kemaruk replied at 5-4-2026 11:26 PM
nama malaysia tu pon kita berebut dengan filipin sebab dorang pon nak guna nama malaysia
Nama Manila tu pun aku dengar dari ayat - Fi Amanilah. Dulu Pinoy ni Muslim sebelum kena jajah dengan Spain. Berjaya juga di Christian kan.
Tanah melayu jer tak dapat di Christ kan. Tapi sempat la juga dorang bawa Yahood masuk duduk dekat Penang nak jajah macam Palestine juga, tapi tak menjadi. Adan uker.
Terima kasih pada para Wali2 kita zaman dulu dah doakan Tanah Melayu ni.
I tak risau tu. I yakin dan positif tahun ni kita akan melihat satu lagi peperangan.
yang di mulakan lagi sekali oleh ... Jepun.
Kenapa Jepun ?
- dulu masa ww2 Jepun serang china.
- US embargo minyak. Jepun marah serang pearl habour.
- masa Jepun di bom atom. minyak & industri jepun dah habis.
- tu jepun buat kamikaze . pilot bunuh diri sebab minyak balik takde.
setelah 81 tahun...perang dah tamat kan ...
Jepun masih lagi sebuah negara yang mengimport 99% oil.
simpanan oil yang jepun ada cuma tahan 9 bulan sahaja.
minyak kita sikit untuk Jepun. tak balik modal.
tapi jepun likely masuk campur urusan Taiwan - china
Perasan tak
Korea : Utara - Korea Selatan.
china : komunis vs Taiwan
India : Hindu vs Kashmir pakistan.
Islam : Sunni vs Syiah
Vietnam : Utara vs Selatan ( 1975 bersatu )
Jerman : Barat dan Timur ( 1990 bersatu )
tapi Jepun yilek. Lepas kena bom atom still in one pieces.
Sistem Maharaja dia pun masih ada.
malaysia yang cenonet ni pun sampai 9 Raja.
Author|Post time 28-4-2026 10:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by adm7 at 28-4-2026 10:56 AM
Kuota BUDI95 kekal 200 liter sebulan buat masa ini
KUALA LUMPUR: Kerajaan terus mengekalkan penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 200 liter sebulan buat masa ini susulan krisis bekalan global, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Beliau berkata, setiap keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dilaksanakan secara mingguan, mengikut keperluan dan keupayaan semasa ekonomi negara.
"Kita harus lihat kepada keseluruhan ekosistem, termasuk soal bekalan minyak. Setakat ini keadaan itu masih terkawal dan kerajaan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.
"Kita juga sudah mempelbagaikan sumber minyak kita dan tidak hanya tertumpu kepada minyak daripada negara-negara Asia Barat," katanya kepada Bernama ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk "Krisis Bekalan Tenaga" terbitan Bernama TV di sini hari ini.
Kerajaan melaksanakan penyelarasan sementara bagi kuota program BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April lalu, susulan konflik di Asia Barat, dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.
Dalam program itu, Muhammad Kamil berkata, kerajaan masih berusaha untuk menampung subsidi bahan api meskipun Bank Dunia mencadangkan supaya kerajaan melaraskan semula harga RON95 bersubsidi kepada RM2.05 seliter daripada RM1.99 seliter.
"Meskipun pada peringkat awal ada sedikit tentangan tetapi selepas dilaksanakan (penyelarasan subsidi), ia berjalan dengan sangat baik dan kita dapat menjimatkan sebahagian besar daripada ketirisan yang berlaku sebelum ini.
"Atas sebab itu juga kita mampu bertahan dengan pendekatan kita pada hari ini," katanya. – BERNAMA