CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2202|Reply: 0

Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM

[Copy link]
Post time 25-3-2026 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis, hargai pengorbanan warga PDRM

Oleh Bernama - Mac 25, 2026 @ 11:11am






KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis ke-219 kepada seluruh warga dan veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM, turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan anggota polis yang sentiasa bersedia menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan, demi keamanan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah, pengorbanan warga PDRM yang bersedia menjalankan tugas dalam sebarang keadaan termasuk ketika musim perayaan dan situasi kecemasan, amat dihargai kerana mereka antara benteng utama keselamatan negara.

"Semoga Allah sentiasa melindungi seluruh warga pasukan polis dalam setiap tugas dilaksanakan.

"Al-Fatihah buat mereka yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan syuhada," titah baginda menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1525102/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-hargai-pengorbanan-warga-pdrm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.199379 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list