|
View: 18375|Reply: 100
|
[Tempatan]
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia
[Copy link]
|
|
|
Cuaca panas maksimum cecah 40 darjah Celsius 3 hari berturut-turut - MetMalaysia
23 Mac 2026 10:34am
Sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis dan beberapa tempat di Kedah. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, sebanyak 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu (berjaga-jaga) termasuk di seluruh Perlis serta kawasan Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu di Kedah.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut (Pulau Pinang), Hulu Perak dan Kuala Kangsar (Perak), Jerantut (Pahang) dan Rembau (Negeri Sembilan).
Menurut kenyataan itu, tahap gelombang haba ialah suhu maksimum harian yang berada antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut dan bagi tahap berjaga-jaga pula, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
Sementara itu menerusi hantaran di laman Facebook, MetMalaysia turut merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Meteorologi Sedunia yang disambut hari ini dengan tema ‘Pemantauan Hari ini, Perlindungan Hari Esok’.
Menurut jabatan itu, tema berkenaan menekankan kepentingan teknologi dan usaha pemantauan meteorologi yang tepat serta terkini dalam melindungi kehidupan dan alam sekitar untuk generasi akan datang.
"Melalui pemantauan cuaca yang dilakukan hari ini, kita dapat membuat ramalan yang lebih berkesan, mengeluarkan amaran awal serta mengambil tindakan pantas bagi mengurangkan risiko bencana alam dan kesan perubahan iklim.
MetMalaysia turut meraikan Ulang Tahun ke-68 keahlian Malaysia dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WHO), satu pencapaian yang mencerminkan komitmen negara dalam menyumbang kepada kerjasama global demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian bumi.
Menerusi hantaran berasingan, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja jabatan itu yang berdedikasi serta memberi komitmen berterusan dalam melaksanakan pemantauan serta pelepasan belon cuaca setiap hari.
"Dalam kesibukan tugas harian, ketika ramai sedang tidur diulit mimpi, warga MetMalaysia tetap teguh menjalankan amanah, memantau dan meramal cuaca demi memastikan keselamatan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan istimewa kepada penyelidik cuaca dan iklim yang menyumbang kepada pemahaman tentang corak cuaca masa lalu sekali gus membimbing usaha ke arah masa depan yang lebih lestari. - Bernama
Ringkasan AI
- Padang Terap, Kedah mengalami gelombang haba tahap dua dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius
- Empat belas kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada tahap satu gelombang haba termasuk seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah
- Amaran gelombang haba tahap satu juga dikeluarkan bagi kawasan Timur Laut Pulau Pinang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Jerantut, dan Rembau
- Gelombang haba tahap dua didefinisikan apabila suhu maksimum harian adalah antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut
- Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di laman web rasmi MetMalaysia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lautan kopi sanggup kurenangi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x boleh harap sungai pollution
Nak desalination plant
Nak desalination plant |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg bagus bila panas mcm ni kain baju raya cpt kering garing..i9ls x suka guna dryer sbb xnak kain cpt rosak. Tp mmg panas x hujan2 lebih2 lg rumah kg...camne org boleh pakai baju raya berlapis2 time beraya di rumah kg..agaknya masing2 pegang minifan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-3-2026 02:40 PM
x boleh harap sungai pollution
Nak desalination plant
Nak desalination plant
Nak desal plant buat apa? Mahal nak construct. Selama chuols dr kecil minum air paip chuols ingat dr mana? Dr sungai kotor letew. Tu sbb kita ada water treatment plant. Desal plant selalu ambil air laut tuk diprocess jadi RO. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
panas macam ni i ada letak air botol kat seat belakang kereta.
bahagian cermin belakang kena matahari.
semalam i check air botol tu . penutup air botol MEREPUT.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 23-3-2026 04:57 PM
Desalination plant ni buat backup, sg malaysia ni asik pollution buang bahan kimia tu treatment plant stop kena bersihkan pollution asik gangguan bekalan aje terutama Selangor musim panas empangan menyusut 50%, negara lain dah ada negara kita kura kura, graduat ramai2 boleh kerja |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama 3 hari berturut2 juga aku berdarah hidung..satu hari 5 kali keluar darah ikut hidung..sampai keluar darah beku ikut mulut. Sebab cuaca panas yg melampau..Allahuakbar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Last 3 hari ramadhan tahun betul2 mencabar Iman, dgn persiapan bakar lemang, buat rendang ketupat mmg haus gila......skrg dh raya rasa lega sbb dpt teguk air anytime |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 23-3-2026 05:45 PM
ninja boy replied at 23-3-2026 04:51 PM
Desalination plant ni buat backup, sg malaysia ni asik pollution buang bahan kimia tu treatment plan ...
Kalau pakai desal plant hang byr bill lebih mau ka? Sekarang byr rm6 esok2 kena byr rega rm20 tuk cubic meter yg sama sebb desal plant guna electric yg banyak untuk process. Mau ka chek? Bukan hang kedekut ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-3-2026 04:51 PM
Desalination plant ni buat backup, sg malaysia ni asik pollution buang bahan kimia tu treatment plan ...
Singapore tu ada 5 desal plant, yg ke6 coming soon, ada melambak water treatment plants yg besar dgn modern lagi, still beli air dr mesia. Bekap apa nyo. Depa byr ayo pun sebulan paling kurang $30. Itu sorang punya guna je. Tu tak de org buang2 bahan kimia dlm sungai depa. Yg seeloknya jimat guna air, org malaysia ni suka membazir tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lain mcm panas kat kg taun ni
First day raya semua dah bubar balik kl
tak tau camne korang yg gi beraye pakai broked  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lain mcm panas kat kg taun ni
First day raya semua dah bubar balik kl
tak tau camne korang yg gi beraye pakai broked 
taun ni nampak ramai yg pakai kain tebal2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 23-3-2026 06:01 PM
lain mcm panas kat kg taun ni
First day raya semua dah bubar balik kl
Raya ke 2 akak dah balik Kl juga..tak.tahan panas..otw balik punya teruk jem dari arah Selangor ke Utara...org beraya kut |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tshirt boss kecut.. dah cam crop top  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mejaputih at 23-3-2026 06:22 PM
gigahertz replied at 23-3-2026 04:19 PM
panas macam ni i ada letak air botol kat seat belakang kereta.
bahagian cermin belakang kena matah ...
Ada air lg la panas botol tu..dah xleh minum dah air tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 23-3-2026 06:12 PM
Raya ke 2 akak dah balik Kl juga..tak.tahan panas..otw balik punya teruk jem dari arah Selangor ke ...
sepanjang syawal ni jalan raya akan sesak esp sabtu ahad
org sakan beraya bukan kira panas denting ke apa
teman idok le...dah mula demam sejak khamis so dok umah je le |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 23-3-2026 05:21 PM
Selama 3 hari berturut2 juga aku berdarah hidung..satu hari 5 kali keluar darah ikut hidung..sampai ...
Kak balik perak ye? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa orang buat sambal goreng tak buang kulit udang siap-siap? Akak makan guna sudu dan garpu, renyah tawww nak kopek kulit udang guna sudu dan garpu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|