CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11587|Reply: 76

[Tempatan] Menantu perempuan ok tak tu buat kerja dekat dapur

[Copy link]
Post time 21-3-2026 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Menantu perempuan ok tak tu buat kerja dekat dapur
Oleh KOSMO!
20 Mac 2026, 9:03 pm

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Nasib menantu perempuan ketika berkumpul di rumah mentua pada Aidilfitri tahun ini menjadi topik hangat susulan beberapa luahan yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran tular seorang wanita, dia meluahkan rasa tertekan apabila mendakwa ada menantu yang seolah-olah dianggap seperti ‘orang gaji’ setiap kali pulang ke rumah keluarga.

“Menantu perempuan semua ok ke tu. Saya rasa nak lari keluar dah ni. Anak-anak semua buat diam sebab ada ipar ni datang untuk jadi orang gaji.

“Kesian suami. Dia pun kena kerah. Sebab yang dah kahwin kena pandai buat kerja. Yang tak kahwin je boleh duduk dalam bilik. Semua mak buatkan. Hmmm,” tulis @Lilypadwonders

Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang sama apabila perlu menyesuaikan diri dengan suasana keluarga mentua, terutama ketika musim perayaan atau kenduri.

Seorang pengguna, @Xuxiaxx_, berkata, bukan semua menantu perempuan berada dalam keadaan baik walaupun dari luar kelihatan tenang.

“Menantu perempuan juga ni. Mak mentua ada dua orang anak saja, dua-dua lelaki. Menantu perempuan dia lagi sorang tak reti masak, ada anak autisme tak boleh buat apa. Ya lah, kita ada ekzema ni la nak kena buat, tunggu tangan hancur ja ni.

“Tapi saya lepak dulu dalam bilik, dah la panas. Ekzema kat badan saya dah mencanak naik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @nrsalnaz, mengakui dia cuba membantu setakat yang mampu, namun pada masa sama tetap berasa penat untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

“Tengah duduk-duduk kat luar rumah ni. Siap dah tolong mak mentua masak sikit-sikit, lepak-lepak jap. Nak duduk bilik je tak sedap pula, tapi terseksa juga nak cuba masuk dengan suasana baru. Jadi letih. Tapi cuba untuk kuatlah,” ujarnya.

Turut berkongsi pengalaman, @missmarijena mendakwa dia terpaksa melakukan pelbagai kerja dapur bersendirian sejak awal pagi.

“Menantu perempuan sini. Buat sorang-sorang dari siang. Ayam, kupas bawang-bawang, masak, hidupkan api dapur arang sebab tak nak pakai dapur gas. Merecik merata,” tulisnya.- KOSMO! ONLINE

Gambar hiasan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2026 08:36 AM | Show all posts
rendang rumah kita, kita lah yg masak. kalau adik ipar nk bawak juadah dia, dia.
masak ler dari rumah dia.. benda boleh masak awal, kita beku kan.
psl mak tinggal dgn kita.. jd tak perlu lah menekan-nekan ipar duai.
bila dah pakai cantik2.. tk elok laa bermasam muka.

selamat hari raya.. berjimat cermat lepas ni ya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah x lalu nk masak2 beriya2 time raya ni..mana yg boleh simplify, iols simplify..tak larat weih nk masak belengas, kita pun nk rehat nk bergambar dgn family.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita bukan khadam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 21-3-2026 12:44 PM

Sebab kau dah jadi  orang Bandar tak sesuai dengan vibes kampung

Lain kali jangan berangan balik kampung setiap kali raya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang beraya ke kampung sebab nak makan sambil bergambar je, balik kampung sebab nak ambil gambar kat rumah kayu lama je.

Bukan aku tak faham. Sebab tu orang kampung kafang2 sorok lauk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2026 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-3-2026 12:46 PM
Ada orang beraya ke kampung sebab nak makan sambil bergambar je, balik kampung sebab nak ambil gamba ...

Bukan lah.. sorok lauk sebab tapau sampai tak ingat org belakang
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan selalu pun... Nama pun balik kampung, bukan on vacation.... Xkan nk expect lepak bilik keluar mkn siap dah berhidang.... Byk cengkadak ko nk org siapkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2026 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Menantu derhaka memang pemalas di dapur.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menantu pmpuan kan org luar...apahal nk suruh buat kerja kat dapur rumah mertua.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 21-3-2026 10:52 PM
fattymah replied at 21-3-2026 12:58 PM
Bukan lah.. sorok lauk sebab tapau sampai tak ingat org belakang


Kitorang kalau masak memang sorok lauk dari orang yang tak ikut memasak... Itulah rahsia orang ke dapur, freezer kan ada lock
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2026 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 21-3-2026 08:18 PM
Menantu pmpuan kan org luar...apahal nk suruh buat kerja kat dapur rumah mertua.

Ok jer kena buat kerja dapur, sama2 dgn ipar duai.....

Jgn dorg jer kena kerah yg ipar duai melaram, yg tu mmg celkalehnat laaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrr akak tak kawen org kampung yang jauh, b40
Duduk pulak seberang sungai, dua2 belah parents dan rumah kelamin pun semukim.... takde istilah tidur rumah org tua,  membabu kan diri etc

Pada orang bujang, check dulu criteria pasangan samada boleh terima family dan background
Dah kawen kang baru nyesal rumah mertua tak cukup bilik, toilet berkerak, adik beradik ramai pemalas etc
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 22-3-2026 04:44 PM

Adat masak2 berjam2 ni patut stop la, korang patut tukar menu simple ja, masak hanya 2 jam jah, contoh masak nasik ja dari anyam ketupat masak ketupat tu brp masa pakai, lauk pulak masak ayam goreng jah dari masak merah curry yg lambat siap senang basi nak basuh periuk berminyak berkerak sental, sayur santan tu pun cepat basi leh patut masak caroot broccoli rebus atau hidang timun dan tomato mentah, tgk raya cina masak udang goreng ikan bawal emas sayur tofu dll sambil makan limau jah, kalau rumah strata lagi la malas soping brg berat or masak berhampas mengotorkan lubang sinki kena jaga, lagipun zaman skrg waktu bukan perayaan pun boleh jumpa rendang kari masak merah satay bauhu kerepek kuih raya di kedai2 org x heran dah, *makanan special yg disorok tuan rumah itu kambing golek ayam percik satay tulang gearbox ayam BBQ sotong nasi hujan panas kek berkrim kek coklat kek cheese nata de coco longan laici nanas dlm tin kerepek pisang tanduk rempeyek dan kuih raya premium yg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kau t20, takyah ngada la nak kawin b40. Cerita kat anak2 camni. Aku pun dah terkena Gila jenis masak berjam2. Aku rasa problem ni kalau mertua tu housewife, laki dia pulak jenis jantan dominan. Pastu terpaling makanan sendiri masak terpaling sedap dalam donia. Kalau cari mertua career woman, dia sendiri pun malas masak, so catering aje.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ok jah tlg.. iols tak tahan dengan mulut manusia gampang terpaling perfect dengan kerja cam sloth..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2026 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 22-3-2026 01:02 AM
Syukurrrr akak tak kawen org kampung yang jauh, b40
Duduk pulak seberang sungai, dua2 belah parents  ...

Ko nk nasihat org bujang??? Dah kalau terangau xder dah nk rasional nk screening bagai.....

Ko x pernah angau ke??
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat AKU dgr 'banyak bende buruk banding yg elok ni'????
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2026 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 22-3-2026 09:30 AM

Suka tengok family chef wan preparing for iftar and raya kat rumah rumah arwah cik ani. Dah renovate lawa sungguh.  Chef wan dah mcm toned down dah garang dia. Adik dia siap mengejek jelir lidah kat dia bila kena bebel sbb x buka cooker hood masa nengoreng.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2026 10:20 AM | Show all posts
Saya buka thread ni untuk lighten the mood sempena hari raya. Siapa yang sudah letih dengan topik perang dan serius boleh la baca thread santai seperti ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.327243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list