Post time 17-3-2026 10:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Forum CaRi. Ampun maaf untuk salah silap sepanjang berforum. Untuk yang balik kampung, hati hati di jalanraya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Di kesempatan yang mulia ini, saya mendoakan agar Syawal anda sekeluarga dikurniakan keberkatan yang melimpah, ketenangan jiwa, serta ikatan silaturahim yang semakin utuh. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.
Post time 17-3-2026 03:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
selamat hari raya aidilfitri kepada rakyat malaysia & warga forum semua.
hati2 dijalan raya, memandu dgn berhemah, jgn buang sampah merata dan makan minum tu nanti berpada, ingatlah kesihatan sebab bil hospital mahal sekarang ni.
apa2pon maaf zahir & batin. terima kasih.
Post time 17-3-2026 06:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Selamat hari raya semua. Mohon ampun maaf atas segala tulisan andai mengguris perasaan semua. Be safe balik kg nanti..jaga2 kesihatan kalau batuk selesema tu pakai laa mask kalau jk beraya pun. Take care everybody
Post time 18-3-2026 06:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Salam aidilfitri buat forumer forumer Cari .. salah silap kita dalam mengomen harap memaafkan .. mungkin tahun ini kita ada lagi tahun depan belum tentu ..
Balik beraya hati2 jgn boros ni zaman perang tau .. makan jgn banyak takut lepas raya gemok pulak ... Tahun ni sy beraya di kuala lumpur dahulu tengahari baru gerak balik kampung..