PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan sidang akhbar di Kompleks Perdana Putra di sini pada pukul 3 petang nanti. Bagaimanapun, dalam jemputan yang diedarkan kepada agensi media itu tidak memperincikan secara lanjut mengenai tujuan sidang akhbar itu Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan terdapat beberapa berita baik untuk rakyat menjelang Aidilfitri Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, perkara itu akan diumumkan oleh Anwar dalam masa terdekat. “Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.
|