CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1488|Reply: 0

[Tempatan] Enam beradik OKU yang tinggal dalam longgokan barang lusuh dapat 'rumah raya'

[Copy link]
Post time 11-3-2026 12:51 PM | Show all posts |Read mode





Enam beradik OKU yang tinggal dalam longgokan barang lusuh dapat 'rumah raya'Kontraktor SN04 Sdn Bhd, Suhan Lokman (kiri) menyerahkan replika kunci kepada enam beradik itu dan diperhatikan Mohd Ridhwan (kanan) di Bukit Palah, Melaka. - Foto NSTP/Farhana Yaacob

MELAKA: Enam beradik orang kurang upaya (OKU) kategori lembam dan mental yang sekian lama hidup dalam rumah dipenuhi longgokan barang lusuh mendapat pembelaan apabila sebuah rumah baharu dibina untuk mereka.

Enam beradik Zaharah Bulat, 64; Rape'ah, 62; Sofian, 57; Suhaimi, 55; Shahrin, 53; dan Mohd Khairi, 45, mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

EXCO Melaka, Datuk Kalsom Noordin, berkata atas dasar keprihatinan, Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) memperuntukkan kos pembinaan sebuah rumah baharu bernilai RM60,000 dan disiapkan dalam tempoh hanya 16 hari.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada keluarga berkenaan yang disempurnakan Pengerusi DMDI, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali di Bukit Palah, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Ridhwan berkata, pembinaan rumah berkenaan direalisasikan dengan kerjasama syarikat kontraktor Sno4 Sdn Bhd yang menawarkan kos pembinaan lebih rendah berbanding kos asal RM90,000 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Menurutnya, rumah asal keluarga berkenaan terpaksa dirobohkan kerana tidak lagi selamat diduduki dan sepanjang tempoh pembinaan, enam beradik itu tinggal dalam khemah hampir sebulan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.062567 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list