CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1410|Reply: 0

[Tempatan] Beberapa syarikat EV China rancang pasang kereta di Malaysia tahun ini

[Copy link]
Post time 11-3-2026 12:48 PM | Show all posts |Read mode





Beberapa syarikat EV China rancang pasang kereta di Malaysia tahun iniZeekr antara syarikat dari China yang merancang pengeluaran EV secara CKD tahun ini
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat kenderaan elektrik (EV) dari China seperti Zeekr, XPeng dan MG Motor merancang untuk memulakan aktiviti pemasangan tempatan (CKD) pada 2026 susulan tamatnya tempoh kelonggaran dan insentif cukai bagi model EV yang diimport sepenuhnya (CBU).

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), rancangan itu mengambil kira pengecualian cukai sepenuhnya yang masih terpakai bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.

Sementara itu, kementerian berkenaan berkata, penamatan tempoh kelonggaran harga lantai RM100,000 kepada struktur asal RM250,000 seunit adalah wajar bagi memastikan peralihan lebih jelas daripada import CBU kepada pemasangan tempatan dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat nasional dan vendor tempatan dapat dilindungi.

"Selain itu, ekosistem EV domestik akan terus berkembang secara mampan dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara dapat diwujudkan serta dipelihara," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

MITI berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Musa mengenai penetapan harga lantai kereta EV CBU dan pelaburan syarikat EV dari China dalam pasaran CKD di Malaysia menjelang 2027.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list