CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 9

[Tempatan] pelajar lelaki berusia 18 tahun memiliki sebuah telefon bimbit terpakai iPhone 15 Pro Max pada harga RM2000 berkecai, apabila menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM6,880

[Copy link]
Post time 11-3-2026 12:43 PM | Show all posts |Read mode





iPhone tak dapat, pelajar rugi RM6,880Telefon iPhone Pro Max yang diiklankan konon untuk dijual menyebabkan pelajar lelaki kerugian selepas menjadi mangsa penipuan.

KUALA LUMPUR: Impian pelajar lelaki berusia 18 tahun memiliki sebuah telefon bimbit terpakai iPhone 15 Pro Max pada harga RM2000 berkecai, apabila menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM6,880.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, pada kira-kira jam 4 petang, 6 Mac lalu, dia terlihat satu iklan telefon terpakai iPhone 15 Pro Max di platform Xiaohongshu yang dijual pada harga sekitar RM2,000.

"Saya menghubungi individu yang kononnya penjual itu, dan dia meminta saya memindahkan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 ke sebuah akaun bank digital. Keesokan harinya, saya menerima nombor penjejakan penghantaran melalui WhatsApp daripada individu yang mendakwa mewakili sebuah syarikat logistik tempatan.

"Pada 8 Mac lalu, saya sekali lagi menerima mesej daripada pihak logistik yang bertanyakan barangan yang dibeli dan meminta membayar deposit jaminan sementara sebanyak RM500," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas itu, mereka meminta dia membayar lagi RM500 sebagai caj proses, dan juga mengatakan bahawa kerana harga barangan melebihi RM2500, ia mungkin membabitkan isu pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu mereka juga meminta saya membayar tambahan RM1,000, dan saya turut menuruti permintaan itu.

"Saya kemudian diminta membayar lagi RM1,000 sebagai bayaran proses. Pihak berkenaan berjanji semua wang itu akan dipulangkan selepas bungkusan diterima dan ditandatangani, malah meminta saya mengisi satu borang pemulangan wang," katanya.

Menurut mangsa, selepas itu, mereka meminta dia membayar duti setem dan cukai kastam sebanyak RM2,880 dan berjanji bungkusan akan dihantar selepas bayaran dibuat.

"Bagi meyakinkan saya, mereka turut menghantar gambar kad pekerja syarikat logistik yang disyaki palsu.
"Pihak terbabit mendakwa bungkusan akan dihantar sekitar jam 3 petang kelmarin, namun apabila saya menyemak nombor penjejakan, tiada rekod ditemui.

'Ketika itu barulah saya sedar telah ditipu lalu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak," katanya.

Selepas membuat laporan polis, mereka masih menghantar mesej peribadi meminta RM3,000 lagi sebagai 'insurans sementara', dengan alasan wang itu boleh dipulangkan jika bungkusan sampai tanpa kerosakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2026 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn rm6k tu dah blh dpt yg baru.. aduhaiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2026 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje ke student kena scam tu
Byk duit smpai 6k bg mcm tu je scammer.
Company dr china ni bukan boleh caye sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm confirm akan pengalaman yg xkan dilupakan seumur hidup lagi2 kalo sampai guna savings semata2 nk iphone sekali kena scam pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 08:47 AM | Show all posts
benda mahal COD lah,adoiiii.... xpun kat sopi tu byk seken murah2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2026 08:57 AM | Show all posts
Nak beli iphone pergi kedai terus la. Nak murah cari yg 2nd hand. Kau cari kat platform online China tu buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata budak sgt dah 18…bijak la sikit!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2026 09:34 AM | Show all posts
byk plak duit ko ye
baik ko bli yg baru je
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2026 09:39 AM | Show all posts
ultra78 replied at 12-3-2026 08:57 AM
Nak beli iphone pergi kedai terus la. Nak murah cari yg 2nd hand. Kau cari kat platform online China ...

Betul..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.170845 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list