CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 0

[Tempatan] Lesen Lynas Malaysia dibaharui 10 tahun

[Copy link]
Post time 10-3-2026 02:57 PM | Show all posts |Read mode

Pembaharuan itu membolehkan syarikat berkenaan terus mengimport bahan mentah yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi serta memproses nadir bumi di Malaysia bagi tempoh sedekad akan datang.

CEO dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths, Amanda Lacaze, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kelulusan pembaharuan lesen tersebut, sambil menyatakan ia memberikan kepastian pelaburan kepada syarikat.

“Lynas mengalu-alukan tempoh lesen yang lebih panjang ini kerana ia berikan kepastian pelaburan yang lebih besar kepada Lynas serta rakan rantaian bekalan dan pelanggan nadir bumi kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2024, pengeluar nadir bumi dari Australia itu diberikan lesen selama dua tahun untuk mengimport dan memproses nadir bumi di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata pembaharuan itu tertakluk kepada syarat bahawa Lynas memastikan kandungan radioaktif dalam sisa penulenan larut resapan air berada di bawah 1 becquerel (Bq) setiap gram menerusi program penyelidikan yang disokong pakar tempatan.

Item di bawah 1Bq/g tidak dianggap sebagai sisa radioaktif oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan tidak tertakluk di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom.

Pada Oktober, Lynas Rare Earths Ltd mengumumkan rancangan untuk memperluas kapasiti pemprosesannya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap logam penting untuk robotik, teknologi canggih dan aplikasi ketenteraan.

Langkah itu diunjurkan menelan kos hampir RM500 juta.

Syarikat itu merupakan satu-satunya pembekal oksida nadir bumi ringan dan berat di luar China.

https://www.freemalaysiatoday.co ... perbaharui-10-tahun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041239 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list