CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 2

[Tempatan] Muhyiddin Yassin Tiba Di Mahkamah Tinggi Bagi Perbicaraaan Babitkan 7 Pertuduhan Berat ​/ Jika bukan kerana Muhyiddin Perdana Menteri, Bersatu tidak akan dapat wang berjuta

[Copy link]
Post time 9-3-2026 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-3-2026 02:11 AM


Jika bukan kerana Muhyiddin Perdana Menteri, Bersatu tidak akan dapat wang berjuta
MUHYIDDIN YASSIN
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan II, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara (AGC), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, pendakwaan akan bergantung kepada bukti dokumentari, keterangan terus dan keterangan mengikut keadaan dalam membuktikan kes mereka.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memberitahu, mereka akan memanggil kira-kira 30 saksi termasuk bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Kami menyatakan bahawa wang berjuta-juta ringgit sememangnya tidak masuk ke dalam poket tertuduh (Muhyiddin) sendiri tetapi telah masuk ke dalam akaun sekutunya iaitu Bersatu yang mana tertuduh ialah Presiden pada waktu itu dan juga Perdana Menteri yang mempunyai kepentingan secara tidak langsung kepada projek Jana Wibawa ini.

“Kami akan juga menunjukkan Menteri Kewangan ketika itu hanya bertindak berdasarkan minit oleh tertuduh dan Menteri Kewangan tidak mendapat apa-apa keuntungan dalam membuat tindakan tersebut.

“(Malah) sekutu Menteri Kewangan ketika itu iaitu UMNO juga tidak mendapat apa-apa keuntungan. Keterangan-keterangan akan menunjukkan (jika) tidak kerana tertuduh menjadi Presiden Bersatu dan juga pada masa yang sama menjadi Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan berjuta-juta ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca ucapan pembukaan kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM232.5 juta yang dihadapi oleh Muhyiddin, 79.

Bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu didakwa di Mahkamah Sesyen pada 10 Mac 2023 sebelum kes itu dibenarkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan pada 16 Jun 2025.

Salah satu pertuduhan yang di­kenakan terhadap Muhyiddin didakwa dilakukan antara hari pertama tertuduh me­ngangkat sumpah sebagai Per­­­dana Menteri Kelapan iaitu antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.

Bagi empat pertuduhan membabitkan salah guna ke­dudukan, Muhyiddin di­dakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu telah menyalahgunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232,500,000 bagi parti tersebut.

Suapan tersebut adalah da­ripada tiga buah syarikat serta seorang individu bernama Datuk Azman Yusoff.
Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya,

Sementara itu, bagi pertuduhan membabitkan peng­ubahan wang haram, Muh­yiddin menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik Bersatu. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2026 06:10 PM | Show all posts


Muhyiddin Yassin Tiba Di Mahkamah Tinggi Bagi Perbicaraaan Babitkan 7 Pertuduhan Berat
Summarise
[size=0.9em][size=1em]Megat Azri[size=1em]09/03/2026
Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan tujuh pertuduhan melibatkan suapan RM232.5 juta dan pengubahan wang haram RM200 juta.
[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Mahkamah Tinggi pada pukul 8.40 pagi hari ini bagi menghadiri perbicaraan kes membabitkan tujuh pertuduhan serius.
Menurut laporan Kosmo, kes tersebut melibatkan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.
Ahli Parlimen Pagoh itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin.
IKLAN


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 29 hari untuk perbicaraan kes berprofil tinggi itu.
Tarikh tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan sebelum ditetapkan oleh mahkamah.
Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kedudukan RM232.5 juta
Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Muhyiddin didakwa ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan.
Suapan tersebut melibatkan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat sekutu parti itu.
Tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram
Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram.
Ia melibatkan wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank dan AmBank milik parti.
Pada prosiding 7 Oktober lalu, Mahkamah dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Muhyiddin yang memohon supaya empat pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu digugurkan.
Susulan itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan dan supaya kesemua tujuh pertuduhan didengar secara bersama.
Pssttt! Kes mahkamah melibatkan pemimpin negara sentiasa menjadi perhatian rakyat. Apa pun keputusan mahkamah nanti, hormatilah proses undang-undang dan biarkan keadilan ditentukan melalui perbicaraan yang telus



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 09:37 PM | Show all posts
Tak turun Sogo plak geng BERSATUTUH kata nak selamatkan Msia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2026 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.286941 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list