CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1440|Reply: 0

[Tempatan] 125,000 pembantu tadbir Gred 1 akan naik ke Gred 5 mulai Januari depan

[Copy link]
Post time 9-3-2026 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
bhonline.com.my
Oleh Rafidah Mat Ruzki
Mac 9, 2026 @ 10:06am


Kenaikan gred perkhidmatan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, kata PM Anwar.



PUTRAJAYA: Seramai 125,000 pembantu tadbir yang kini berada pada Gred 1 akan menikmati kenaikan ke Gred 5 mulai Januari 2027.

Ia membabitkan 106,722 jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan 20,106 jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan).


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenaikan gred perkhidmatan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Perkara itu yang dibincangkan dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz mengenai pelaksanaan SSPA.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Program Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH


"Bagi menambah baik peluang laluan kerja, saya telah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk sediakan laluan kenaikan gred daripada Gred 1 naik ke Gred 5.

"Ini untuk 125,000 orang Pembantu Tadbir Pengkeranian dan Kewangan," katanya pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada kenaikan mengikut SSPA tetapi ada keperluan untuk menjaga kategori yang terlalu rendah itu dengan meningkatkan gred mereka.


Anwar berkata, kumpulan berkenaan juga perlu mengikuti kursus pendek selama dua minggu.

"Itu JPA sedang uruskan cadangan ini. Syaratnya itu supaya kita nak pastikan dia ikuti perkembangan kelayakannya sedikit pendedahan tentang Teknologi Maklumat (IT), itu saja.

"Jadi saya ucap tahniah kepada mereka dan kita cuba jalankan dan laksanakan pada tahun ini juga.

"Maknanya dalam tempoh enam bulan, KSN maklumkan kita boleh selesaikan kursus bagi 125,000 ini dan supaya kita laksanakan selewat-lewatnya 1 Januari tahun depan kenaikan pangkat ini," katanya.

Sementara itu, Shamsul Azri yang ditemui selepas majlis, berkata inisiatif kerajaan itu adalah usaha menambah baik SSPA dengan mengambil kira pelbagai pandangan.

"Syarat utama mereka perlu menjalani kursus... adalah syarat dia nanti.

"Kita akan mulakan Januari 2027 jadi dalam tempoh enam bulan ini kita akan memperincikan syarat-syarat mengikut keperluannya," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072616 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list