CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 5245|Reply: 34

[Tempatan] Percutian 7 beranak ke Cameron Highlands terbantut, 'Along' hilang dalam perjalanan

[Copy link]
Post time 8-3-2026 06:26 PM | Show all posts |Read mode



Percutian 7 beranak ke Cameron Highlands terbantut, 'Along' hilang dalam perjalananAhmad Azreeq Zafreen dilaporkan hilang selepas lokasi terakhir dikesan di Kampung Benting Lintang, Besut, Terengganu, pada awal pagi Jumaat lalu.

BESUT: Hasrat tujuh beranak untuk bercuti di Cameron Highlands, Pahang, terbantut apabila seorang ahli keluarga itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pusat peranginan berkenaan.

Pembantu kedai makan, Ahmad Azhar Mohamad Yusof, 59, berkata terdahulu mereka sekeluarga keluar dari rumah di Kuala Nerus, Terengganu, dengan menaiki dua kenderaan kira-kira jam 11.30 malam Khamis lalu.

Katanya, beliau bersama isteri dan empat anak lagi menaiki sebuah Proton Persona, manakala anak sulungnya, Ahmad Azreeq Zafreen, 19, menunggang motosikal jenis Yamaha R15.

"Kali terakhir kami berjumpa ialah di sebuah stesen minyak di Saujana, Setiu, untuk ke tandas. Kemudian, saya gerak dulu selepas berpesan kepada Along (panggilan untuk Ahmad Azreeq Zafreen) supaya mengikut di belakang kereta kami.

"Apabila tiba di Kampung Anak Ikan, Besut, kami bercadang untuk singgah makan lalu kongsikan lokasi itu dengan Along supaya dia ke situ," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ahmad Azhar berkata, Ahmad Azreeq Zafreen kemudian sempat kongsikan 'live location' dirinya beberapa minit kemudian, namun maklumat itu dipadamkan semula.

"Selepas saya bersama isteri dan empat anak selesai makan, Along masih belum sampai.
"Saya kemudian membuat keputusan untuk terus bergerak ke Gua Musang, Kelantan, kerana beranggapan dia akan mengikut dari belakang.

"Sepanjang perjalanan itu, isteri ada menghubunginya tetapi tidak berjawab. Kami fikir mungkin telefonnya kehabisan bateri ketika itu," katanya.

Beliau berkata, mereka kemudian singgah berehat di Gua Musang tetapi hingga solat subuh, anaknya itu masih tidak dapat dihubungi.
"Susulan itu, saya membuat keputusan untuk pulang semula ke Besut dan mencarinya.
"Kami berasa tidak sedap hati selepas dia gagal dihubungi selama beberapa jam," katanya.

Ahmad Azhar berkata, berdasarkan maklumat daripada saudara-mara yang menggunakan aplikasi telefon, lokasi terakhir Ahmad Azreeq Zafreen dikesan di kawasan berhampiran Kampung Benting Lintang, Besut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim, berkata hasil pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Benting Lintang berjaya mengesan kelibat seorang individu dipercayai remaja yang hilang itu, sekitar jam 1.38 pagi Jumaat lalu.

"Setakat ini, belum ada sebarang maklumat baharu diperoleh, dan satu kertas siasatan kes orang hilang (OH) dibuka.
"Mangsa dipercayai memakai kemeja-T, topi berwarna putih dan seluar jean hitam ketika kejadian," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ada maklumat berkaitan kehilangan mangsa, boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2026 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertolak Thursday nite almost midnite.  Cctv stesen minyak rakam dia pukol 1:38AM.  Baru 2 jam bertolak pon.  Ingatkan plot twist ke hape..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari trg ke cameron naik motor sorang2 bertolak malam? Korang biar betul?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan2 kemalangan sorang2 agaknya tapi harapnya jumpa dalam keadaan selamat kat mana2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2026 10:54 PM | Show all posts
Semoga yang baik-baik dimudahkan semua urusan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2026 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo malam2 bertolak punya jauh bagi anak naik moto?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Accident jatuh dalam air or semak berdekatan. Kena lalu balik trail.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 9-3-2026 12:41 AM

Kesian nye naik motor sorang² malam². Kenapa tak usaha bergerak dalam 1 kenderaan je. Semoga adik ni ditemui selamat. Parents pun, dah jauh sampai ke Gua Musang, walaupun anak masih tak dapat dihubungi. Kalau diorang tunggu je kat tempat singgah makan tu jimat masa dan tenaga.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 12:46 AM | Show all posts
Innalillah..dah ditemui meninggal dalam semak..accident
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. semoga Allah tempatkan arwah di kalangan org beriman. Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 9-3-2026 12:35 AM
Kesian nye naik motor sorang² malam². Kenapa tak usaha bergerak dalam 1 kenderaan je. Semoga adik  ...

Kat Facebook cakap dah jumpe jasad.  Terbabas dalam semak.  Ganu ni mana ade gaung.  Jalan flat tapi kalo terlanggar ape2 ke boley terpelanting moto.  Nak elak binatang ke.  Kesiannye.  Mude lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak gerak sekali follow belakang motor. Sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la tak gerak sekali. Jalan kampung tu macam2 binatang melintas waktu malam. Kalau ada kereta ikut depan atau belakang bolehla sedar kalau eksiden dan cepat dapat bantuan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cannot brain lah b40 punya cara berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 10:22 AM | Show all posts
meninggal kan... terbabas. berani malam2 ride sorang2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 9-3-2026 02:24 AM
Kenapa tak gerak sekali follow belakang motor. Sedihnya

Iols rasa dorg gerak skali la,kalau x silap. Lps brenti mkan,si along ni masih x muncul
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 06:23 PM | Show all posts
Tapi kenapa bertolak waktu malam?
Lepas subuh tak boleh ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 9-3-2026 01:51 AM
Kat Facebook cakap dah jumpe jasad.  Terbabas dalam semak.  Ganu ni mana ade gaung.  Jalan flat ta ...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Semoga diampunkan dosa² arwah

Baru baca artikel, kesian adik, terbabas sorang² tengah malam, lewat petang baru jumpa. Muda lagi, nampak macam muka budak baik.

Parents nye pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 8-3-2026 04:46 PM
Innalillah..dah ditemui meninggal dalam semak..accident

Bapaknya mesti hantuk.kepala.kat dinding
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.125731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list