CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 4

[Tempatan] Terima kasih tuan hakim: Pemandu mabuk dijel sehari kerana perlu menanggung ibu bapa.

[Copy link]
Post time 6-3-2026 06:26 PM | Show all posts |Read mode




Pemandu mabuk dijel sehari, denda RM10,000NORAFIZA JAAFAR
05 Mac 2026 05:19pm
Masa membaca: 2 minit



MELAKA - Seorang lelaki dipenjara sehari serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk Januari lalu.

Tertuduh T Gajehndranath, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didapati memandu kereta dengan kandungan alkohol dalam badannya sebanyak 74 miligram (mg) per 100 mililiter (ml) darah iaitu lebih 24 mg daripada had ditetapkan iaitu 50 mg dalam 100 ml darah.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Jalan Dato Mohd Zin di sini pada 17 Januari lalu sekitar jam 11.50 malam.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000) yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda minimum RM10,000 dan maksimum RM30,000 jika sabit salah.

Pelaku juga berdepan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan suatu lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Bagaimanapun Gajehndranath yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan atas alasan bekerja sebagai pemandu lori dan perlu menanggung ibu bapa.

Mahkamah menetapkan hukuman tersebut dan berdepan tujuh bulan penjara jika gagal berbuat demikian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak bapak mati nak tanggung tunggang sape pulak? Gepren?


Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Type i dgn mabuk x dpt di pisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2026 12:52 PM | Show all posts
Legal Limit: In the UK, Wales, and Northern Ireland, the legal driving limit is 80mg/100ml (0.08% BAC). While 74mg is just under this, it is still very close to being legally drunk.

Nampak pada badan dia mungkin dia still in control. Since UK boleh benarkan sampai 80 untuk badan omputih yang generally besar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2026 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin beliau adalah salah sorang forumer cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.068260 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list