CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5241|Reply: 29

[Tempatan] 'Kami tetap tak dapat maafkan pembunuh 3 anak kami, walaupun dia baru meninggal'

[Copy link]
Post time 5-3-2026 10:50 AM | Show all posts |Read mode




'Kami tetap tak dapat maafkan pembunuh 3 anak kami, walaupun dia baru meninggal'Siti Aishah Ariffin, 53, dan suaminya Rusdi Rani, 51, menunjukkan foto tiga anak perempuannya yang dibunuh 13 tahun lalu. - Foto NSTP/Nazdy Harun


KUALA TERENGGANU: "Walau sudah 13 tahun berlalu dan pelaku pun sudah meninggal dunia tiga minggu lalu, saya tetap tidak dapat memaafkannya ...perbuatan itu sangat kejam.

"Sanggup dia meragut nyawa tiga anak perempuan saya sekelip mata," kata Siti Aishah Ariffin, 53, yang kehilangan tiga anak sekali gus dalam kejadian bunuh ketika Noor Syafikah Nadia Abdullah berusia 14 tahun di kawasan sawah terbiar di Kampung Alor Senibong, Alor Setar, Kedah.

Menurutnya, dua lagi anaknya Nur Izzati Husna, berusia 12 tahun dan Puteri Nurul Akma, 3 tahun ketika kejadian ditemukan dalam terusan MADA di Kampung Padang Petani, dekat Alor Semela.

Menceritakan lebih lanjut, Siti Aishah berkata, kejadian 29 November 2013 ketika itu anaknya meminta kebenaran untuk ke rumah rakannya jam 7.30 malam.

Siti Aishah Ariffin, 53, menunjukkan nota terakhir yang ditinggalkan anak keduanya yang masih disimpan selepas kejadian pembunuhan 13 tahun lalu. - Foto NSTP/Nazdy Harun

Sebelum itu dia tidak mengizinkan namun anaknya meminta kebenaran daripada ayahnya Rusdi Rani, 51, sebelum ayahnya membenarkan.

Namun, selepas tiga anaknya tidak pulang menjelang 8 malam, pasangan itu keluar mencari di kawasan sungai dan rumah rakannya.

"Pencarian kami tidak membuahkan hasil. Petang keesokan kami dihubungi pihak hospital meminta ke unit forensik kerana difahamkan anak kami ditemui sudah meninggal dunia oleh orang awam.

"Anak sulung ditemui di Padang Petani manakala dua lagi adiknya ditemui kawasan tali air," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pasang itu hingga kini tidak tahu motif kejadian dan keluarga suspek juga tidak datang menemui mereka selepas kejadian untuk meminta maaf.

Siti Aishah berkata, setiap kali menjelang Aidilfitri hatinya menjadi sayu kerana terkenang ketiga-tiga anaknya kerana sekiranya semua masih hidup sudah berusia 27, 25 dan 16 tahun.

"Kini hanya tinggal kami berdua menghabiskan sisa-sisa hidup dan suami kini menghidap masalah saraf mata sejak tujuh bulan lalu sehingga tidak dapat bekerja," katanya.

Siti Aishah berkata, selepas kejadian dia tidak boleh menetap di kampungnya kerana terkenang kejadian itu dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung suami di Terengganu.

"Jarak rumah kami dengan rumah pelaku hanya selang empat buah rumah saja dan ayah pelaku juga bekerja dengan kami bersawah.
"Saya tidak maafkan perbuatannya dunia dan akhirat, walaupun dia (pelaku) difahamkan sudah meninggal dunia.. biar Allah saja yang membalas perbuatan keji itu," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim ketika menemani pasangan Siti Aishah dan Rusdi berkata, beliau mengikuti perkembangan kes pembunuhan sejak selepas kejadian.

"Pelaku sudah pun menjalani hukuman dan sudah dibebaskan namun difahamkan pelaku sudah meninggal dunia tiga minggu lalu apabila ditemui tidak sedarkan dalam bilik air.

"Saya mengenali keluarga ini selepas kejadian dan mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa sejak 13 tahun lalu hingga kini.

"Justeru, bukan bulan Ramadan saja kami menyantuni keluarga ini malah kami membantu membina kehidupan mereka sejak selepas kejadian," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 11:15 AM | Show all posts
aik, bunuh 3 orang dah habis hukuman? ingat mampos dalam penjara
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik je tahu perasaan sakit hilang anak sekaligus tanpa motif gitu. So kalau acik tak maafkan org tu pon sy support jah. You do you cikkkk.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn dengar cakap org... Kalau dah kita sendiri yg tanggung sedih kehilangan yg sebegini maka terpulang je kalau tak maafkan. Org blh bercakap yg alami lbh tahu sengsaranya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 02:58 PM | Show all posts
AI Overview
Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada April 2015 kerana menyebabkan kematian remaja perempuan, Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14. Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan selepas menolak muka mangsa ke dalam lumpur.  

Maklumat Utama Kes:

Tertuduh: Mohd Firdaus Mohd Faridul (19 tahun ketika kejadian).
Mangsa: Noor Syafikah Nadia Abdullah (14 tahun).
Hukuman: 18 tahun penjara, bermula dari tarikh ditangkap (15 Januari 2014).
Kesalahan: Mengaku bersalah di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (menyebabkan kematian dengan niat).
Lokasi Kejadian: Kawasan kawah terbiar di Kampung Alor Senibong, Tajar, Kedah.
Kronologi: Mangsa ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan terbakar pada seluar, menunjukkan cubaan menghapuskan bukti.

Kes ini asalnya didakwa sebagai pembunuhan (Seksyen 302) namun ditukar kepada pertuduhan pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 03:59 PM | Show all posts
ni yang dorang adik beradik naik moto 3 org tu ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2026 04:02 PM | Show all posts
Pasang itu hingga kini tidak tahu motif kejadian dan keluarga suspek juga tidak datang menemui mereka selepas kejadian untuk meminta maaf.


Aku nak speku tgh high dadah ni. tapi keluarga tu mmg cibai la
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 05:24 PM | Show all posts
helicornia replied at 5-3-2026 03:59 PM
ni yang dorang adik beradik naik moto 3 org tu ke

aah rasanya betul.
aiols ingat kisah menyayat hati ni cuma tak ingat details rasanya mula2 setan tu bunuh si kakak..pastu adik2 lari pastu setan tu kejar and bunuh. masa pencarian mangsa setan tu turut sama buat2 cari. sedih sgt kisahnya, kesian parents hilang semua anak sekaligus. kalau iols pun iols takkan maafkan setan tu. jahat sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sekejapan je dah 13 tahun..

agak2 acik ni ada tak rasa dendam kat laki dia sebab pegi kasi anak keluar bila mak dah kata tak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 5-3-2026 08:03 PM

Ya ampun, undang2 msia mcm babi, dah bunuh 3 org, rupanya da bebas.. Eh hanjingnye, dasar biawak.. Segale binatang aku sebut geramnyeee
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x dpt disabitkan dgn 302 ek? Sbb takde saksi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya dkt pakcik makcik ni...kluarga pesalah pun xda mtk maaf lgsg ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa motif dia sebenar nya, aku blur..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 5-3-2026 05:24 PM
aah rasanya betul.
aiols ingat kisah menyayat hati ni cuma tak ingat details rasanya mula2 setan t ...

Terigt masa kejadian tu ... rasa kesian sbb adik2 lari kena kejar pastu bunuh . Tapi mmg agak miracle sbb petunjuk utk kes ni ialah dpt tahu pembunuh dari mimpi. Lupa pula siapa yg mimpi &dlm mimpi tu siapa yg bgtahu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2026 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak ingat sangat kisah ni. Perit nye hilang tiga anak serentak. Semoga adik² ni berbahagia di Syurga. Aminn.

Bunuh 3 orang 18 tahun penjara, 13 tahun dah keluar penjara. Parents ni hilang 3 anak serentak. Family pembunuh ketegaq sungguh takde datang mintak maaf. Takut kena maki hamun ke? Malu? Sepatutnye hadap je la walau kena cerca sekalipun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Forum dulu2 ada cerita ttg kakak dan adik kena bunuh kawasan sawah ke apa pi kedai ke apa, pastu ada org mimpi yg membawa kpd tertangkapnya pembunuh, x brp ingatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2026 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 5-3-2026 10:35 PM
Terigt masa kejadian tu ... rasa kesian sbb adik2 lari kena kejar pastu bunuh . Tapi mmg agak mira ...

I pun ingat2 lupa, tapi mcm ayahnya yg mimpi kan? Mula2 pembunuh mengaku, sbb dia terkejut mcm mana org tu tau, pastu bila dah msk court tak mengaku pulak. Mungkin bukti tak kuat kot tu yg tak dpt hukuman max.

Utk acik ni, its ok utk tak maafkan, dia je yg rasa peritnya kehilangan anak 3 sekaligus, dlm keadaan mcmtu plak. Moga akhirnya beroleh kedamaian.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjara 18 thn tp baru 13 thn dh keluar penjara. Siap bleh aman2 meninggal kat rumah lg. Eh kiwak la sistem kehakiman kt Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 5-3-2026 10:35 PM
Terigt masa kejadian tu ... rasa kesian sbb adik2 lari kena kejar pastu bunuh . Tapi mmg agak mira ...

Aah iols ingat2 lupa...mak dia ke ek yg dpt mimpi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2026 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ragazza replied at 5-3-2026 10:35 PM
Terigt masa kejadian tu ... rasa kesian sbb adik2 lari kena kejar pastu bunuh . Tapi mmg agak mira ...

Ayah mangsa sdr yg mimpi kan
Xleh imagine hilang ank, dr 3 org ke lgsg takde
Kalau parents mangsa nak grieving sampai mati pun aku faham kenapa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.857602 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list