CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1582|Reply: 1

[Tempatan] Akaun media sosial kendalian ibu bapa dibenarkan, bawah 16 tahun dilarang buka akaun sendiri

[Copy link]
Post time 5-3-2026 07:44 AM | Show all posts |Read mode
Akaun media sosial kendalian ibu bapa dibenarkan, bawah 16 tahun dilarang buka akaun sendiri
Oleh BERNAMA - Mac 4, 2026 @ 11:22pm

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri namun akaun yang dikendali oleh ibu bapa bagi pihak anak-anak adalah dibenarkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ketetapan itu bertujuan melindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk ancaman pemangsa siber yang berpotensi menghubungi kanak-kanak menerusi pelbagai platform media sosial.

"Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut... kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri... kalau akaun itu dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu kalau ada individu yang tidak dikenali berhubung dengan anak mereka," katanya pada sidang media Program Sejahtera MADANI Kebajikan: Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan (ICU JPM Wilayah) Megat Azlani Megat Ramli, Pengurus Cawangan Jalan TAR, Bank Muamalat Malaysia Berhad Fadhil Adnan, warga ICU JPM Wilayah dan komuniti setempat Lembah Pantai.

Fahmi juga berkata, kerajaan sedang melaksanakan 'regulatory sandbox' atau medan uji bersama dengan platform media sosial untuk mengenakan sekatan umur 16 tahun bagi pendaftaran akaun baharu.

Beliau berkata, pendekatan Malaysia berbeza daripada Model Age Assurance yang digunakan di Australia, dengan Malaysia akan memanfaatkan perundangan khusus mengenai MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur pengguna.

"Anak-anak masih dibenarkan menonton kandungan seperti di YouTube... cuma mereka tidak boleh membuka akaun sendiri," katanya.

Fahmi juga berkata ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap aktiviti digital anak-anak dan tidak membiarkan mereka menggunakan peranti tanpa pengawasan bagi tempoh yang terlalu lama.

"Peranti bukan pengasuh. Ibu bapa ada tanggungjawab juga," katanya.

Sementara itu, program yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik ICU JPM Wilayah Persekutuan dan Bank Muamalat Malaysia Berhad itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM500 kepada 150 warga asnaf yang berdaftar di bawah sistem eKasih di Parlimen Lembah Pantai.

Beliau berkata inisiatif itu selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat agar tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2026 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai. Ramai la menyorok belakang mak bapak enabler. Tahapa2. Block ajelah semua sekali. Lemah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051707 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list