CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2350|Reply: 13

[Tempatan] Hanya sempat umrah 48 jam saja

[Copy link]
Post time 2-3-2026 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Hanya sempat umrah 48 jam saja
Hafiz Ithnin
[email protected]


ABDULLAH Firdaus sebelum berangkat pulang ke Malaysia. FOTO Ihsan Abdullah Firdaus Abd Jalil

Kuala Lumpur: "Dalam pesawat saya cuma fikir satu saja, jangan jadi macam MH17," kata Abdullah Firdaus Abd Jalil, 35, salah seorang rakyat Malaysia yang melalui detik mencemaskan ketika dalam penerbangan pulang dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Menurut Abdullah, keputusan memendekkan tempoh umrah daripada lima hari kepada hanya 48 jam dibuat selepas memikirkan faktor keselamatan susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Katanya, dia bersama empat lagi ahli keluarga berlepas dari Malaysia pada 26 Februari lalu jam 7 malam dan tiba di Jeddah, Arab Saudi kira-kira jam 11 malam waktu tempatan sebelum menyempurnakan ibadah umrah di Makkah seawal jam 4.30 pagi keesokan harinya.

"Dua hari pertama semuanya berjalan seperti biasa. Kami ulang-alik hotel dan masjid tanpa sebarang gangguan.

"Bagaimanapun, situasi berubah pada 28 Februari apabila kami mendapat tahu mengenai perkembangan konflik dan beberapa penerbangan antarabangsa mula dibatalkan," katanya.

Katanya, dia bersama empat rakannya turut melihat penerbangan dibatalkan satu demi satu.

"Masa itu memang rasa tak sedap hati. Saya pula ada komitmen kerja penting di Malaysia dan sepatutnya bergerak ke Madinah sebelum pulang 3 Mac ini.

"Keputusan drastik dibuat kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan selepas mendapati masih ada penerbangan pada malam itu menuju ke Kuala Lumpur. Kami fikir kalau tunggu lagi, mungkin lebih banyak penerbangan akan dibatalkan. Jadi, kami terus kemas barang dan minta pihak hotel hantarkan ke Terminal Haji di Jeddah," katanya.

Menurutnya, setibanya di lapangan terbang kira-kira jam 5.30 petang, cubaan membeli tiket secara dalam talian dan di kaunter gagal beberapa kali sebelum berjaya mendapatkan tempat duduk pada saat akhir dengan bantuan rakan di Malaysia.

"Tempat duduk ekonomi semua habis. Yang tinggal cuma kelas perniagaan dengan harga RM4,500 sehala. Masa itu memang tak fikir panjang, yang penting dapat balik," katanya.

Katanya, pesawat mereka berlepas jam 9 malam dan mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk tiba di Malaysia, lebih lama daripada kebiasaan kerana laluan diubah bagi mengelak ruang udara berisiko.

"Sepanjang dalam pesawat memang kami tak henti berdoa. Selagi belum keluar sepenuhnya dari zon berisiko itu, rasa berdebar sangat. Kami sepakat tak beritahu keluarga supaya mereka tak risau. Bila sudah mendarat di Malaysia barulah kami maklumkan," katanya.

Katanya, dia bersyukur perjalanan pulang berjalan lancar dan berharap semua jemaah Malaysia yang masih berada di Tanah Suci dipermudahkan urusan serta dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Disiarkan pada: Mac 2, 2026 @ 1:47pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2026 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah Cissrael!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 11:23 PM | Show all posts
detik mencemaskan masa dapat tau one way ticket harga RM4,500 ka?


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe kijo apa.. cam cerdik lak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit mmg ada. Senang cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah siapa member tlg dia dpt seat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2026 08:02 AM | Show all posts
Alhamdulillah sempat jugak dia buat umrah dibulan Ramadan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 08:05 AM | Show all posts
rezeki dia...mesti dia ni somebody juga ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2026 11:45 AM | Show all posts
Allahu Rabb ni memang waktu paling singkat buat umrah..itulah ujian yg tak disangka2 nak jadi ...tapi hikmah terbesar ujian dia selamat pulang ke Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2026 12:57 PM | Show all posts
mehmet replied at 3-3-2026 12:48 AM
Tambah siapa member tlg dia dpt seat.

aku search lusa pun ada lagi ticket


Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengade lah kau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ragazza at 4-3-2026 05:45 AM

Pada waktu kejadian, Flight ticket jemaah memang dah kena cancel. Dalam news mmg tak cakap, cuma tulis 2 hari je... sy tahu sbb anak saudara bgtahu flight delay walaupun time tu news menafikan ... dia keje gomen so delay just sambung cuti.... So siapa yg mmg ada kerja penting mesti kena balik ... jemaah yg delay tu, dorang ok je kat sana , tempat tinggal, makan minum terjaga, tapi yang memang ada komitmen besar mesti kena balik ikut jadual mmg panik la sebab tak dpt balik pada hari yg ditetapkan . Ramai je yang cepat2 beli ticket balik awal , tu punca tiket habis masa awal serangan. Kalau nak cerita 6 , 7, 8 mac & seterusnya memang dlm sistem boleh beli, tapi siapa boleh bagi jaminan pada waktu akan datang ruang udara selamat ?

Betul lah apa yg dia buat tu... dah la pilot tukar laluan , mesti panik org kat dalam tu. Dia cerita pengalaman dia pun nak bitter. Keyboard warrior
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasiblaaaa akak pi Dubai hari tu x jadi apa2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2026 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga sana travel negara lain nak balik negara sendiri no way home gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.201338 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list