CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3066|Reply: 0

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-93

[Copy link]
Post time 1-3-2026 02:54 PM | Show all posts |Read mode
Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-93

Oleh BERNAMA - Mac 1, 2026 @ 12:46pm





Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta para veteran yang menabur bakti kepada negara. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia serta veteran yang menabur bakti kepada negara.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda yang merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa dan pengorbanan seluruh warga tentera darat dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta memelihara keamanan negara.

Sultan Ibrahim bertitah nilai integriti perlu menjadi tunjang utama dalam setiap lapisan warga pasukan itu, selain terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memastikan Malaysia kekal aman dan berdaulat.

"Al-Fatihah buat para anggota serta veteran yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan para syuhada," titah Seri Paduka Baginda.

– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/03/1515343/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-tentera-darat-ke-93





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034815 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list