CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 4864|Reply: 31

[Tempatan] Shahidan saran KWSP perkenal Pengeluaran Khas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 1-3-2026 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Shahidan saran KWSP perkenal Pengeluaran Khas Aidilfitri
Oleh Khuzairi Ismail - 28 February 2026


KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar meneliti pelaksanaan Pengeluaran Khas Aidilfitri daripada akaun Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar dan bersyarat kepada mereka yang benar-benar terkesan dengan tekanan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ia boleh dilakukan tanpa menjejaskan jaminan simpanan persaraan masa hadapan para pencarum.

Dalam masa sama, beliau memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan semula supaya agihan dividen KWSP tahun lalu dapat dimanfaatkan secara lebih langsung melalui penyaluran ke Akaun 3 khususnya kepada pencarum yang memerlukan.

“Adalah lebih baik isu ini dibahaskan secara menyeluruh di Dewan Rakyat agar semua Ahli Parlimen dapat mengemukakan pandangan, cadangan serta pendekatan terbaik demi memastikan keputusan yang diambil benar-benar berpihak kepada kepentingan rakyat dan masa depan pencarum,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menurut Shahidan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, beliau akan mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) pada Isnin ini, bagi membolehkan perkara itu dibincangkan secara rasmi di Parlimen.

“Selain itu, saya akan menggerakkan himpunan di seluruh negara untuk turun sendiri mendengar luahan dan pandangan rakyat berkaitan isu ini,” katanya.

Minggu lalu, pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Shahidan menyeru kerajaan memasukkan 100 peratus dividen KWSP ke dalam Akaun 3 bagi meringankan beban rakyat.

Menurutnya, tuntutan itu hanya melibatkan dividen tahunan hasil pelaburan KWSP, bukan caruman asal atau pengeluaran simpanan pokok.

Beliau menegaskan, kerajaan tidak seharusnya menggunakan hujah keselamatan persaraan sebagai alasan menolak permintaan rakyat.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn hari ini menjelaskan, Akta KWSP tidak membenarkan dividen daripada akaun lain dimasukkan ke akaun lain dan pembahagian dividen dikira berdasarkan baki terakhir setiap akaun pencarum.

Terdahulu, KWSP hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua simpanan konvensional dan syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. – MalaysiaGazette



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2026 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhenti dari bagi idea yang bukan-bukan.
Nak keluarkan apa lg?
Dah ada akaun fleksible, tu pun ramai yang dah kosong entah ke mana dihabiskan.
Rujuk balik matlamat asal penubuhan KWSP. Simpanan hari tua bukan simpanan tampung kos sara hidup semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dh duit x berapa nk ada, beraya lh seadanya..
Org lain smpan duit start lps raya tahun lps lg or 5-6 bln sblum puasa..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 05:44 PM | Show all posts
Nak komen pasal binaan haram - topic is too heavy.
Nak kutuk pasal serangan US - pun topic heavy juge.
Komen lite-lite gini dekat dihati rakyat lah.

Next pru tanding lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara MP yg patut dikebumikan time PRU 16 nanti. Mohon sangat kat org Arau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
pencen la woi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2026 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang ni mmg rajin tunggang isu je
Bangang punya pedo
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2026 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Merepek je buat org Islam kena pandang rendah je
Org lain sambut perayaan dorang tak minta pun nk  kuar kwsp.
Dah la yg SPM pun nk minta result kuar lepas raya tanak sblm raya.
Knp risau sgt kalau kuar sblm raya? Risau nnt result tak gempak buat mood raya jd tak berapa best?
Takut acik bawang tanya ke?

Sudah2laa buat malu je non muslim gelak je nnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2026 11:37 PM | Show all posts
terlambat 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 12:12 AM | Show all posts

Kahkahkah...pencacai ada KWSP ke? Kaedahnyer....MENYEWA!!


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 01:22 AM | Show all posts
stingerkentot replied at 2-3-2026 12:12 AM
Kahkahkah...pencacai ada KWSP ke? Kaedahnyer....MENYEWA!!

takpe la kalau menyewa sekali pon
asal kan bukan hidup menumpang tapi tak sedar diri macam ko

dah la menumpang, siap bela kuching berbelas ekor



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 1-3-2026 05:41 PM
Klu dh duit x berapa nk ada, beraya lh seadanya..
Org lain smpan duit start lps raya tahun lps lg or ...

nasihat yg bernas...knp la yb yb tak terpikir nak bgtau idea ni masa 7-8 bulan lepas..masa rakyat dpt str etc segala mala tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok2 yg lain pun nak mintak pengeluaran khas utk perayaan agama memasing.

Ujung2 tutup je la KWSP ni bagi balik semua duit. Biar tua2 esok bila duit dah x mandang, sama2 mohon bantuan secara berjemaah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-3-2026 10:32 PM
Merepek je buat org Islam kena pandang rendah je
Org lain sambut perayaan dorang tak minta pun nk  k ...

ini setuju...masa cny dulu, ingatkan bykla kedai tutup..rupanya tak tutup pun..ada satu apek cina ni bgtau..dia tutup dari kul 8 to 10.30pg je..kul 11 sampai 8 mlm kedai dah bukak balik dah..uncle tu ckp..buat pe raya lama2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 2-3-2026 05:58 AM
Esok2 yg lain pun nak mintak pengeluaran khas utk perayaan agama memasing.

Ujung2 tutup je la KWSP  ...

Ada someone dlm ni bgtau.

Kwsp: simpanan hari raya anda.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 07:27 AM | Show all posts
miskin wat cara miskin
sekiang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2026 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak keluar duit buat apa? Nak kasi duit raya kat bebudak? Kang dia pergi perabih kat roblox aje
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 08:05 AM | Show all posts
adm7 replied at 1-3-2026 05:05 PM
Berhenti dari bagi idea yang bukan-bukan.
Nak keluarkan apa lg?
Dah ada akaun fleksible, tu pun rama ...

setuju...kan dah ada account flexible tu...gunalah dari account tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 2-3-2026 05:58 AM
Esok2 yg lain pun nak mintak pengeluaran khas utk perayaan agama memasing.

Ujung2 tutup je la KWSP  ...

Eh dkt Threads sana ada ye insan yg ‘melalak’ nk gaji 100% xnk potong EPF lgsung ye…
Dasar BBNU bru keja setahun dua, gtu lah.. skali lh dgn yg menayang duk btau dh dpt bonus knapa kna potong banyak epf n PCB..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2026 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 2-3-2026 06:00 AM
ini setuju...masa cny dulu, ingatkan bykla kedai tutup..rupanya tak tutup pun..ada satu apek cina  ...

Yela semua perayaan pun sehari je sebenarnya.
Dalam group HR kat FB tu ada je cina2 bising bengang company paksa amik AL panjang2 masa CNY tu.
Haa bukan semua org nak raya sakan, baik guna cuti utk menda lain yg penting juga.
Cuti panjang ni bermakna duit pun byk abis tu yang sampai ada yg nk kuarkan duit kwsp bagai tu

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.204000 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list