CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10606|Reply: 0

“Sangat Terasa Bila Ada Yang Komen ‘Patutlah Tak Dapat Anak’” - Aprena Manrose

[Copy link]
Post time 20-2-2026 04:29 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Aprena Manrose berkata dia terkilan apabila ada segelintir pihak cuba mengaitkan soal zuriat dengan tindakannya menanggalkan tudung.


Memetik mStar Online, Aprena berkata dia memahami teguran diberikan tanda mereka prihatin namun hal berkaitan zuriat tidak perlu dibangkitkan.


“Saya faham mungkin mereka tegur sebab sayang. Sya pun rasa sayang dengan tindakan saya ni tapi hanya saya saja yang tahu dan faham sebabnya. Saya minta maaf.


“Saya kurang berminat dan sangat terasa bila ada komen ‘patutlah tak dapat anak’. Sedangkan saya rasa perkara itu tak ada kena mengena langsung. Saya anggap mereka mungkin berfikiran cetek dan tak memahami orang lain.


“Sembilan tahun berkahwin tak ada anak, benda itu memang sudah biasa cuma saya terfikir, dah cerai pun masih cakap pasal anak lagi ke? Cukuplah. Kalau saya mengandung tanpa suami nanti lain pula ceritanya. Astaghfirullahalazim,” katanya.


Terdahulu, Aprena berkata dia menerima segala teguran netizen secara terbuka susulan dirinya kini tampil tidak berhijab. Aprena berkata bapanya tahu mengenai keputusannya serta memahami tindakannya.






Sumber – mStar Online, Rotikaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047619 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list